Takziah, Berehatlah Murabbi Umat

Kongsikan artikel ini :

WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Datoโ€™ Dr. Muhammad Nur Manuty

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 โ€“ Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Datoโ€™ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 26 Jun 2025, jam 11:27 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Perginya Allahyarham adalah kehilangan besar buat umat Islam, khususnya dalam medan dakwah, keilmuan dan kepimpinan umat. Seluruh pimpinan dan warga besar WADAH berasa amat terkesan dengan pemergian seorang tokoh yang begitu berdedikasi, tinggi budi dan teguh dalam perjuangan membina masyarakat yang tercerahkan dengan ilmu dan akhlak Islam.

Allahyarham merupakan Ketua Majlis Istisyari WADAH ke-2, menggantikan tempat Allahyarham Datoโ€™ Dr. Siddiq Fadzil sejak tahun 2021. Sebelum itu, beliau pernah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Presiden ke-4 (1991โ€“1997) dan sebelumnya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) antara tahun 1971 hingga 1973. Penglibatan beliau dalam ketiga-tiga entiti โ€” PKPIM, ABIM dan WADAH โ€” mencerminkan kesinambungan dakwah dan pencerahan yang beliau bawa sejak zaman pelajar sehingga ke akhir hayat.

Latar Belakang Ilmuwan dan Murabbi Ummah

Prof. Datoโ€™ Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan tokoh ilmuwan dan pemikir Islam yang terbilang. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seterusnya melanjutkan pengajian di Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat, sehingga memperoleh ijazah Sarjana (MA) dan PhD dalam bidang Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama.

Beliau berkhidmat sebagai pensyarah dan pentadbir di beberapa institusi terkemuka, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (1974โ€“1983) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983โ€“1999), antaranya sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Dekan Pusat Pengajian Lanjutan & Khidmat Masyarakat. Beliau juga pernah menjadi pensyarah pelawat di Markfield Institute of Higher Education, UK.

Beliau turut menjadi Presiden Kolej Dar Al-Hikmah (2021โ€“kini), Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA, 2018โ€“2020) dan terakhir sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 2023.

Allahyarham juga terpilih sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS) yang berkuatkuasa pada 15 Julai 2024 lepas. Allahyarham juga dianugerahkan โ€œDiamond Awardโ€ sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yang dianjurkan oleh Muslim Convert Association of Singapore (MCAS) pada 18 Januari 2025 lepas.

Komitmen dalam Pencerahan Ummah

Allahyarham amat aktif membentangkan kertas kerja, pengisian wacana dan menjadi panel dalam pelbagai seminar serta forum keilmuan. Sehingga ke akhir hayat, beliau masih menjadi pengisi tetap Kuliah Tanwiri anjuran WADAH-ABIM-PKPIM di Kolej Dar Al-Hikmah, menandakan komitmen beliau yang berterusan dalam menyemarakkan wacana pemikiran Islam yang mendalam dan membangun jiwa masyarakat.

Pada 23 November 2021, buku beliau bertajuk โ€œJejak-Jejak Pencerahan Umatโ€ telah dilancarkan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, sebagai catatan perjuangan, pengalaman dan panduan bagi aktivis gerakan Islam untuk terus membawa agenda pencerahan melalui pendekatan ilmu, tarbiah dan aktivisme.

Peranan dalam Politik Berprinsip

Dalam medan politik, Allahyarham aktif bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ketua Penerangan (2010โ€“2014) dan kemudian sebagai Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama. Beliau pernah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) pada 17 Disember 2015 mewakili Dewan Undangan Negeri Selangor untuk dua penggal. Beliau juga pernah bertanding dalam PRU 1999 (Parlimen Larut) dan PRU 2013 (Parlimen Bagan Serai).

Keputusan beliau menyertai PKR selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 memperlihatkan iltizam beliau terhadap keadilan dan prinsip kebenaran yang diyakini.

Info Pengebumian

Solat jenazah Allahyarham dijadualkan berlangsung selepas solat Asar di Masjid Al-Um, Bangi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi.

๐Ÿ“ Masjid Al-Um, Bangi: https://maps.app.goo.gl/Xx2k25K5TnTn7QsF8
๐Ÿ“ Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas: https://maps.app.goo.gl/2EhvwZnH3p8XEGXY6

Sesungguhnya pemergian Prof. Datoโ€™ Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan kehilangan besar yang sukar dicari ganti. Namun WADAH yakin, legasi ilmu, pemikiran dan perjuangan beliau akan terus hidup dalam jiwa para murid dan pendokong gerakan Islam yang tercerahkan.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Moga Allah mengampuni segala dosa beliau dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.”

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
26 Jun 2025 | 20 Zulhijjah 1446H

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Permukiman Kepimpinan ngo madani

PERMUKIMAN KEPIMPINAN NGO MADANI: MENGGALAS AMANAH ISLAH DAN MEMPERKUKUH KETAHANAN TAMADUN

Permukiman Kepimpinan NGO MADANI: Menggalas Amanah Islah dan Memperkukuh Ketahanan Tamadun KUALA LUMPUR, 1 Februari 2026 โ€“ Kesepaduan gerak kerja pimpinan pertubuhan masyarakat sivil (NGO) Islam di Malaysia mencapai satu lagi mercu tanda penting melalui penganjuran Permukiman Kepimpinan NGO MADANI Kebangsaan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 30 Januari sehingga 1 Februari […]

Baca Lanjut
Bengkel Wehdatul Fikr

BENGKEL WEHDATUL FIKR JOHOR: MEMPERTAUT PEMIKIRAN, MEMACU ISLAH DAN KETAHANAN TAMADUN NEGARA

JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 โ€“ Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]

Baca Lanjut
menteri agama

WADAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MENTERI AGAMA: MEMBUGAR AGENDA PENDIDIKAN, DAKWAH MODEN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI MADANI

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 โ€“ Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]

Baca Lanjut
kunjung hormat apm

KUNJUNGAN HORMAT WADAH KE IBU PEJABAT APM: MEMPERKUKUH SINERGI KERJASAMA STRATEGIK DAN TEKNIKAL

KAJANG, 20 Januari 2026 โ€“ Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui satu majlis kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa lalu. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam aspek pengurusan bencana, latihan teknikal, dan pemerkasaan komuniti. Delegasi Wadah seramai 4 org diketuai […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1134
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
292298
Klik Sini