WADAH SOKONG GERAKAN KESEJAHTERAAN UMAT MALAYSIA KENYATAAN MEDIA 18 JUN 2025
18 Jun 2025 | 21 Zulhijjah 1446H
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia yang dilancarkan pada 18 Jun 2025. Gerakan ini membawa aspirasi murni untuk memupuk kesejahteraan menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam, melalui pendekatan dakwah, kesatuan dan nilai-nilai Madani yang inklusif dan membina.
WADAH meyakini bahawa agenda perpaduan, kesejahteraan politik, ekonomi, sosial, teknologi dan tadbir urus seperti yang digariskan dalam kenyataan rasmi gerakan ini adalah selari dengan matlamat memperkasa ummah secara holistik dan progresif.
Wadah juga menolak keras sebarang usaha membentuk ‘payung besar’ atas nama kepimpinan Melayu, khususnya seperti yang diuar-uarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang hakikatnya berpaksikan politik kebangsaan sempit dan membawa agenda perpecahan serta politik kebencian. Pendekatan sebegini tidak mendidik umat kepada nilai rahmah dan hikmah, sebaliknya menghidupkan semula faham politik lama yang memecah-belahkan umat dan menyukarkan pembinaan Malaysia yang bersatu.
Sebaliknya, Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia tampil dengan pendekatan lebih membina – menyatukan kekuatan umat atas dasar hikmah, keadilan sosial, keterangkuman, dan kesejahteraan menyeluruh – bukan hanya dalam slogan, tetapi dalam tindakan yang nyata.
WADAH komited untuk:
Menggerakkan program-program pencerahan dan kesedaran masyarakat selari dengan misi Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia.
Membangun keperibadian Muslim yang sejahtera dan membawa nilai hikmah serta rahmah dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.
Menjadi jambatan kerjasama antara pelbagai pihak dalam menjayakan aspirasi kesejahteraan umat.
Dengan ini, WADAH berdiri teguh bersama rakan-rakan strategik dari kalangan NGO, parti politik dan tokoh masyarakat demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera, bersatu dan maju.
“Kesejahteraan Umat, Kesejahteraan Negara”
Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]