Hala Tuju Baru Memperkasa Umat

Kongsikan artikel ini :

Sidang Muktamar Nasional MUKNAS19 Wadah Pencerdasan Umat: Hala Tuju Baru Memperkasa Umat

Seberang Jaya, 28 November 2025 – Sidang Pertama Muktamar Nasional (MUKNAS) kali ke-19 Wadah Pencerdasan Umat (MUKNAS19) berlangsung dengan lancar bermula 28 November di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang. MUKNAS19 yang akan berlangsung selama 3 hari ini menghimpunkan perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara bagi memperkukuh WADAH sebagai gerakan Islam yang membawa agenda pencerdasan umat.

MUKNAS19 menjadi medan muhasabah WADAH bagi sesi kali ini, sementara ia juga berfungsi sebagai platform perancangan gerak kerja untuk tahun mendatang. Muktamirin dan muktamirat mengikuti pelbagai sesi termasuk sidang utama, forum, kuliah, dan sesi interaksi yang dirancang untuk memperteguh kefahaman serta hala tuju organisasi, serta mengangkat tema: “Malaysia Memimpin: Agenda Islah, Ketahanan Tamadun & Tajdid Ummah.”

Agenda utama termasuk pengesahan Minit MUKNAS ke-18, perbincangan hal-hal berbangkit, serta pembentangan dan perbahasan laporan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Penyata Kewangan, termasuk cadangan pindaan Perlembagaan.

Hala Tuju Martabat Umat

Semoga wacana ini mampu mencetuskan anjakan besar dalam merangka pendekatan sosial yang lebih segar, inklusif dan berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat. Gagasan dan idea yang dibentangkan diharap dapat menginspirasi terbentuknya dasar, kerangka tindakan dan budaya masyarakat yang memperkukuh perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang progresif, damai dan memimpin dengan hikmah.

Pihak WADAH merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan, pemerhati dan pihak yang terlibat atas kerjasama mereka, yang memastikan kelancaran MUKNAS19. Sidang ini diharapkan dapat memperkukuh perpaduan dan gerak kerja WADAH dalam usaha memberdaya umat serta memacu misi pencerdasan masyarakat.

Selamat bermuktamar bagi seluruh muktamirin dan muktamirat dari seluruh negara!

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1352
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
384496
Klik Sini