Legasi Al-Fatih dan Seruan Kebangkitan Generasi

Kongsikan artikel ini :
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, telah menyampaikan pembentangan ketiga dan ucapan perasmian penutup di penghujung Seminar Nahdah Ummah: Legasi Fatih yang berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fatih, Taman Jati, Ipoh.

Semangat Jihad Membangunkan Generasi Al-Fatih: Slot Ketiga dan Ucapan Perasmian Penutup Presiden WADAH Menyuntik Jiwa Kebangkitan Ummah

Ipoh, 29 Mei 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, telah menyampaikan pembentangan ketiga dan ucapan perasmian penutup di penghujung Seminar Nahdah Ummah: Legasi Fatih yang berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fatih, Taman Jati, Ipoh. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kebangkitan ummah mesti bermula dengan jihad membina generasi berkarakter, berwawasan dan berakar pada akidah Islam yang kukuh. Beliau mengangkat semangat dan keperibadian Sultan Muhammad Al-Fatih serta pendidikan strategik yang diterapkan oleh ayahandanya, Sultan Murad II, sebagai contoh nyata model pembangunan kepimpinan Islam yang unggul.

Ucapan dimulakan dengan membawa makna mendalam dari Surah An-Nisaa’ ayat 4:9 yang menyeru umat agar tidak meninggalkan zuriat yang lemah (zurriyyatan dhi‘afa). Dalam konteks semasa, zuriat yang lemah bukan hanya merujuk kepada aspek ekonomi atau fizikal, tetapi kepada generasi yang hilang jati diri, adab, ilmu agama, serta tercabut daripada akar budaya dan akidah Islam. Beliau menyelar budaya sekularisasi dan hedonisme yang semakin menular, serta memperingatkan tentang rancangan halus melemahkan umat melalui kejahilan, kemiskinan dan perpecahan.

Legasi Muhammad Al-Fatih

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, telah menyampaikan pembentangan ketiga dan ucapan perasmian penutup di penghujung Seminar Nahdah Ummah: Legasi Fatih yang berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fatih, Taman Jati, Ipoh.

Mengaitkan legasi Muhammad Al-Fatih dengan realiti semasa, presiden mengajak para belia untuk mengambil semangat jihad Al-Fatih dalam konteks membina tamadun baharu. Jihad hari ini adalah jihad membangunkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama tetapi juga menguasai bidang strategik seperti teknologi, kecerdasan buatan (AI), dan kepimpinan berwawasan. Turut memetik pengalaman peribadi sebagai seorang ayah dan aktivis antarabangsa, yang menzahirkan betapa pentingnya perancangan tarbiah yang bermula dari keluarga untuk menghasilkan anak-anak berjiwa pemimpin.

“Tujuh formula Al-Fatih” diperkenalkan sebagai panduan pembentukan generasi ummatik: bermula dengan wawasan kekhalifahan dan ummatik, penamaan anak yang mencerminkan misi hidup, pendidikan akhlak mulia, penghayatan al-Quran dan solat sebagai pusat kehidupan, penguasaan ilmu strategik, serta menguasai pelbagai bahasa seperti Arab dan Mandarin. Umat Islam diseru agar tidak hanya berpuas hati dengan program-program simbolik, tetapi benar-benar menanam semangat jihad dan pengorbanan dalam perjuangan membangunkan umat.

Pembentangan berakhir dengan pesanan penuh makna bahawa syurga itu terlalu dekat bagi mereka yang bersungguh-sungguh berjihad demi ummah. Petikan surah Yassin tentang kisah pendakwah syahid yang terus diangkat ke syurga menjadi peringatan bahawa jalan perjuangan mesti dilalui dengan semangat, bukan alasan.

Seminar Nahdah Ummah: Legasi Sejarah yang Diangkat ke Realiti Semasa

Seminar ini merupakan inisiatif Pertubuhan Generasi Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dengan kerjasama Masjid Muhammad Al-Fatih. Program yang berlangsung sehari ini membawa tema “Nahdah Ummah: Legasi Fatih”, bertepatan dengan tarikh bersejarah pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada 29 Mei 1453. Seminar ini diadakan bertujuan untuk meneladani kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih serta menggerakkan wacana kebangkitan ummah melalui pendidikan dan pembinaan karakter.

Sorotan Atur Cara dan Panel Pembentang

Program dimulakan seawal jam 9:00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Dzohiri Abdul Samad, Pengerusi Masjid Muhammad Al-Fatih, dan perasmian oleh YBrs. En. Ramdani Abd Karim, Pengarah YADIM Negeri Perak. Seminar diteruskan dengan tiga sesi utama:

Sesi pertama bertajuk “Generasi Muda dan Masa Depan Islam” mengupas potensi serta cabaran yang dihadapi belia dalam membentuk masa depan umat.

Sesi kedua, “Menjejak Legasi Fatih” disampaikan oleh En. Najmuddin Mohd Nawi, Ketua Grup Legasi Fatih GPTD. Beliau membawa peserta menyusuri sejarah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fatih serta pelajaran strategik yang boleh diambil dari usahanya membuka Konstantinopel.

Sesi ketiga, yang merupakan kemuncak seminar bertajuk “Nahdah Ummah dan Legasi Fatih” telah disampaikan oleh Dato’ Hj. Ahmad Azam sendiri, dan beliau juga merasmikan penutupan program secara rasmi.

Selepas rehat tengah hari dan solat Zohor, program diteruskan dengan Bengkel Interaktif yang dikendalikan khusus untuk golongan pelajar dan belia. Bengkel ini memberi ruang kepada peserta untuk menerokai nilai-nilai legasi Al-Fatih secara praktikal dan kontemporari.

Membangun Generasi yang Menakluk ‘Konstantinopel’ Moden

Seminar ini telah berjaya mencetuskan kesedaran bahawa legasi Al-Fatih bukan sekadar catatan sejarah, tetapi manifestasi visi, iman dan strategi dalam membina peradaban Islam yang berdaya saing. Dengan pendekatan menyeluruh merangkumi pendidikan, teknologi dan roh spiritual, program ini menyeru semua pihak untuk bersiap siaga menjadi generasi yang akan menakluk ‘Konstantinopel’ zaman moden. Pembentangan presiden boleh ditonton di paparan video tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan Bantu Siswa Siswi Kurang Berkemampuan

SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian. Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut

SALAM TAKZIAH

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.” Dengan penuh dukacita, WADAH merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam, seorang tokoh ilmuwan, sarjana dan intelektual negara yang amat dihormati, serta merupakan pengasas dan ahli Profesor Melayu G70. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademia dan pemikiran intelektual tanah […]

Baca Lanjut

Ekonomi Islam Berkat dan Mampan Melalui Jiwa Ummatik

Semangat Ummatik Dalam Agenda Pemberdayaan Ekonomi Umat PUTRAJAYA, 22 Oktober 2025 — Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) perlu terus menjadi institusi pemangkin yang menjelmakan semangat Ummatik dalam setiap agenda pemberdayaan ekonomi umat. Berucap dalam Program Bicara Madani: YAPEIM dan Semangat […]

Baca Lanjut

Memorandum Malaysia Kekal Suara Nurani Dunia

Penyerahan Memorandum Sokong Usaha Perdana Menteri Bawa Suara Malaysia di Pentas Dunia PUTRAJAYA, 24 Oktober 2025 — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menegaskan sokongan kukuh terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membawa suara Malaysia ke pentas antarabangsa, khususnya bersempena pertemuan rasmi beliau bersama Presiden Amerika Syarikat dalam rangka Persidangan US–ASEAN melalui penyerahan Memorandum […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
607
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
118188
Klik Sini