Bantahan Keras Terhadap Agenda LGBTQ

Kongsikan artikel ini :

HIKAM Tolak Sebarang Agenda LGBTQ yang Mencabar Nilai Agama dan Fitrah Insanifacebook sharing button

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menyatakan kekesalan dan bantahan keras terhadap penganjuran program yang bertemakan “Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness” oleh Rainbow Troupe sempena ‘Pride Month’ pada Jun 2025.

HIKAM ingin menegaskan bahawa tindakan menyokong dan mempromosikan gaya hidup LGBTQ adalah bercanggah dengan ajaran agama Islam, syariat serta nilai-nilai murni dan fitrah insani yang dipegang teguh oleh majoriti rakyat Malaysia.

Hujah-hujah penolakan kami berdasarkan prinsip Islam dan nilai masyarakat:

1. Bertentangan dengan nas syarak yang jelas

Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW dengan tegas melarang perbuatan homoseksual dan sebarang bentuk penyerupaan jantina yang berlawanan dengan fitrah penciptaan. Kisah kaum Nabi Lut a.s. dalam al-Quran menjadi peringatan jelas tentang kemurkaan Allah SWT terhadap perlakuan keji ini. Larangan ini adalah ketetapan Ilahi yang tidak boleh diubah atau ditawar-menawar.

2. Mencabar kesucian institusi kekeluargaan

Konsep perkahwinan dalam Islam adalah di antara lelaki dan wanita, bertujuan untuk membina keluarga, melahirkan zuriat dan mengekalkan kelangsungan generasi manusia. Promosi gaya hidup LGBTQ secara langsung mengancam integriti institusi kekeluargaan yang merupakan tunjang utama masyarakat dan negara.

3. Melanggar fitrah penciptaan manusia

Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan fitrah yang sempurna, lelaki dan wanita. Mengubah atau memilih identiti jantina yang berlawanan dengan jantina kelahiran serta amalan hubungan sesama jenis, adalah suatu penyimpangan daripada fitrah yang diredai Allah.

4. Menimbulkan kekeliruan moral dan sosial

Penganjuran program-program yang mempunyai agenda LGBTQ seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan moral dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda dan kanak-kanak. Ia berpotensi menormalisasikan sesuatu yang jelas diharamkan dalam Islam dan boleh merosakkan struktur sosial yang sihat dan berlandaskan agama.

Agenda Songsang LGBTQ Bertopengkan Kebebasan Hak

5. Bercanggah dengan undang-undang sedia ada

Di Malaysia, perbuatan homoseksual adalah dilarang di bawah undang-undang syariah negeri-negeri dan sebahagian undang-undang sivil. Sebarang promosi atau sokongan terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang ini adalah tidak wajar dan boleh mengundang ketidaktenteraman awam. Sebarang promosi atau sokongan terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan adalah tidak wajar dan boleh mengundang ketidaktenteraman awam.

Kami memahami bahawa setiap individu mempunyai hak untuk berpersatuan dan bersuara. Namun, hak ini tidak boleh digunakan untuk mempromosikan agenda yang jelas bertentangan dengan ajaran agama, moral dan undang-undang negara. Islam mengajar kita untuk menolak kemungkaran dan memelihara kebaikan.

Justeru, HIKAM menggesa:

1. Pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan sewajarnya bagi menghalang sebarang aktiviti atau program yang mempromosikan agenda LGBTQ secara terang-terangan di khalayak ramai, demi menjaga kemaslahatan umat Islam dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

2. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Rainbow Troupe mengkaji semula pendirian dan tindakan mereka serta menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Malaysia. Sebarang usaha untuk “menyediakan ruang selamat dan inklusif” tidak boleh melanggar batas-batas agama dan moral yang telah ditetapkan.

3. Ibu bapa dan masyarakat umum sentiasa berwaspada dan membimbing ahli keluarga, terutamanya anak-anak muda, daripada terpengaruh dengan ideologi yang merosakkan fitrah dan nilai-nilai agama.

HIKAM akan terus memantau perkembangan isu ini dan bersedia untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mempertahankan kesucian agama Islam dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada sebarang ancaman.

Sekian, terima kasih.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
orang asli

PELATIH INDUSTRI WADAH SANTUNI ANAK-ANAK ORANG ASLI SUNGAI GABAI MELALUI PROGRAM KOMUNITI

17 November 2026 | Editor WADAH SUNGAI GABAI, 17 November – Seramai 20 orang kanak-kanak masyarakat Orang Asli Sungai Gabai telah menyertai program komuniti yang dikendalikan oleh empat peserta Daie Muda YADIM (DMY) yang kini menjalani latihan industri di Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti interaktif dan santai bersama kanak-kanak […]

Baca Lanjut
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3411
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
1013441
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini