Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan doa tulus sempena ulang tahun ke-54 penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) – sebuah gerakan belia Islam yang telah menjadi teras perjuangan mencorak pemikiran, jiwa, dan kepimpinan ummah sejak tahun 1971.
WADAH melihat perjalanan panjang ABIM sebagai satu madrasah perjuangan yang melahirkan generasi pemimpin, pendidik, pendakwah, dan pemikir yang kini berada di pelbagai medan perkhidmatan masyarakat dan negara. Ramai dalam kalangan ahli dan pimpinan WADAH hari ini merupakan mantan aktivis dan pimpinan ABIM yang pernah menimba pengalaman, membina idealisme, dan memperkukuh semangat perjuangan di dalam rumah besar ABIM.
Hubungan antara WADAH dan ABIM kekal akrab dan utuh sebagai sebahagian daripada keluarga besar gerakan Islam, yang sama-sama berkongsi visi dan komitmen untuk memartabatkan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam. Dalam acuan masing-masing – WADAH sebagai gerakan pemikiran dan kepimpinan umat, dan ABIM sebagai gerakan pembinaan belia dan masyarakat – kedua-duanya saling melengkapi dalam misi besar membangunkan Malaysia Madani.
WADAH menaruh harapan besar kepada ABIM agar terus menjadi platform unggul dalam membina generasi muda Muslim yang berdaya tahan, berintegriti, kritis dan progresif – generasi yang mampu mendepani cabaran zaman digital dan pasca-kebenaran, tanpa kehilangan roh perjuangan.
Motto ABIM – “Membina dan Memimpin Masyarakat” serta ideal perjuangannya “Menegakkan Kebenaran dan Keadilan” – wajar terus dihayati dan diimplementasikan dalam program kaderisasi, pendidikan, advokasi dan kebajikan, agar idealisme itu tidak hanya kekal sebagai slogan, tetapi diterjemahkan dalam tindakan dan gerak kerja yang menyentuh akar kehidupan rakyat.
WADAH mendoakan agar ABIM terus kekal sebagai gerakan anak muda Islam yang berprinsip, berwibawa dan membawa harapan, serta terus istiqamah memperjuangkan agenda keummatan dan kebangsaan dengan hikmah dan kebijaksanaan.
“Selamat Ulang Tahun ke-54 ABIM” Terus Teguh Membina Jiwa, Menyubur Harapan, Menyemai Perubahan.
Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]