SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN PROGRAM MOTIVASI DAKWAH SIRI (II) PERINGKAT PROSPEK PENJARA ALOR SETAR

Kongsikan artikel ini :

29 September 2024, Ahad, A LOT SETAR – Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalinkan kerjasama dengan Unit Agama dan Kaunseling, Penjara Alor Setar bagi menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dan Program Motivasi Dakwah Siri (II) peringkat prospek.

Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman hadir ke majlis ini bagi mengisi slot pertama iaitu Ceramah Motivasi Dakwah bertajuk “Harapan Menyinsing”. Majlis ini dimeriahkan dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan kata-kata aluan oleh PP Mohd Hafiz bin Abd Latiff, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar.

Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan kepada Penjara Alor Setar dan Cenderahati kepada pihak WADAH, ABIM dan USIM sebagai tanda kenang- kenangan. Seterusnya diadakan sesi bergambar. Kemudian untuk sesi yang kedua diiringi dengan Latihan Dalam Kumpulan yang di kelola oleh wakil daripada pihak ABIM dan WADAH.

Turut hadir Mhd Nor Bakar, Setiausaha Agung WADAH Kedah dan Ahmad Syihan bin Ismail, jemputan khas Kolej Islam Perlis serta Exco – exco USIM, ABIM, Pegawai Unit Pemulihan dan Kakitangan Penjara Alor Setar . Majlis berakhir dengan ucapan penutup oleh pengerusi majlis.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Engkau Yang Lembut: Catatan Belasungkawa Buat Murabbi Ummah, Allahyarham Dr. Abdul Halim El-Muhammady

Engkau Yang Lembut Oleh: Hasri Harun (Timbalan Presiden WADAH) Pemergianmu yang tenangNamun mengejutkan kamiSeluruh benak menggigilNamun semuanya ketentuan DiaSesuai namamu HalimKetenangan dan kelembutanSentiasa memberi kekuatanPada dirimu terselit asas juangBekal buat kami yang tinggal Insan yang bernama HalimPendidik, Pemikir dan PejuangDimana engkau sentiasaBicara soal tarbiyyah, mujahadahTak pernah lekang pada lisanmuKeyakinan yang sentiasa tegarYang selalu ingatkan kamiJangan […]

Baca Lanjut

BELASUNGKAWA: Dunia Dakwah Berduka, Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

BANGI, 16 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini diselubungi suasana hiba atas pemergian salah seorang tokoh murabbi dan permata keilmuan tanah air, Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12:14 tengah hari tadi bersamaan 27 Syawal 1447H. Allahyarham merupakan figura yang amat disegani dalam landskap […]

Baca Lanjut

WADAH JOHOR PERKASA KEBAJIKAN MELALUI PROGRAM PEK CERIA RAYA 1447H

Batu Pahat, 11 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor bersama Pusat Tunas Nahdah (PTN) Batu Pahat dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah berjaya melaksanakan Program Pek Ceria Raya 1447H di sekitar Mukim Minyak Beku, Batu Pahat. Program ini melibatkan agihan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal […]

Baca Lanjut

Usrah Gabungan WADAH WP: Menghayati Fiqh Keutamaan dan Kedamaian dalam Masyarakat

BUKIT BINTANG, 8 April 2026 – Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) sekali lagi menjadi saksi kepada penganjuran Usrah Gabungan Bulanan anjuran WADAH Wilayah Persekutuan yang dihadiri lebih 100 orang peserta. Program yang berlangsung pada 19 Syawal 1447H ini bukan sekadar pertemuan rutin, tetapi merupakan medan diskusi intelektual dan pengukuhan rohani yang sangat bermakna. Majlis dimulakan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1607
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
428397
Klik Sini