PRESIDEN WADAH UNGGULI MISI UMMATIK

Kongsikan artikel ini :

PRESIDEN WADAH UNGGULI MISI UMMATIK DALAM MEMBINA GENERASI AL-FALAH DI SMK BANDAR BARU BANGI

Bandar Baru Bangi, 14 Februari 2025 – Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi atas kejayaan penganjuran program “Misi Ummatik Membina Generasi Al-Falah: Peranan Ibu Bapa dan Guru” yang telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi di Dewan Besar SMK Bandar Baru Bangi.

Program yang bermatlamat untuk memperkukuhkan peranan ibu bapa dan guru dalam pembentukan generasi cemerlang ini telah menampilkan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam Bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), sebagai panel jemputan. Presiden merupakan tokoh NGO dan pemimpin berpengalaman dalam pembangunan masyarakat dan pendidikan, yang berkongsi ilmu serta pandangan bernas dalam mempersiapkan anak-anak sebagai generasi Al-Falah.

Majlis ini turut disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Baru Bangi, Tuan Haji Megat Mohd Azlan Bin Md Arshad, yang menekankan kepentingan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak. Seterusnya, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan Bin Abdol, selaku Pengetua SMK Bandar Baru Bangi, yang menyatakan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan demi pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar.

Seperti pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya,” pendidikan dan pembentukan sahsiah harus bermula sejak awal. Program ini menekankan betapa pentingnya membentuk generasi muda yang memiliki minda ummatik, iaitu generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai jati diri kukuh, nilai moral tinggi, serta kepekaan terhadap tanggungjawab sosial dan keagamaan. Ibu bapa dan guru memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi dan pemikiran anak-anak agar mereka menjadi individu yang berdaya saing serta berpegang teguh pada nilai-nilai Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli Kelab Sukarelawan Ibu Bapa (KSIB) @ PIBG SMK Bandar Baru Bangi yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini, serta kepada semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan komitmen. Kehadiran dan semangat mereka amat dihargai dalam usaha membentuk generasi Al-Falah yang cemerlang dunia dan akhirat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan dan kecemerlangan anak-anak kita. Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat!

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Seminar Perkasa Tangani Ancaman Akidah

SALWA Malaysia Perkasa Usaha Tangani Ancaman Akidah Era Digital SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Dalam usaha membentengi umat Islam daripada ancaman kegelinciran akidah di era digital, Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menganjurkan Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam dalam Era Digital, bertempat di […]

Baca Lanjut

Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian

Presiden WADAH Seru Pendekatan Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian PUTRAJAYA, 17 Jun 2025 – “Kalau kamu menolong saudaramu, pertolongan Allah tidak akan putus-putus,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC-OIC), dalam pembentangannya sempena Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dari […]

Baca Lanjut

Takziah, Berehatlah Murabbi Umat

WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah […]

Baca Lanjut

Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025

WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
650838
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,730
Klik Sini