PRESIDEN WADAH SAMPAIKAN MISI UMMATIK KEPADA KPM

Kongsikan artikel ini :

Presiden WADAH Mengisi Program Bina Insan Sejahtera KPM 2025

Seremban, 16 Januari 2025 – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah memulakan Program Bina Insan Sejahtera 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penuh semangat dan dedikasi. Bertempat di Bilik Mekar 1, IPGM Kampus Raja Melewar, YBhg Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hadir menyampaikan ceramah bertajuk “Misi Ummatik Dalam Menghadapi Cabaran Geopolitik Dunia”.

Ceramah presiden WADAH menekankan perubahan geopolitik dunia yang besar, termasuk:

  1. Kemenangan Taliban di Afghanistan (2021): Kejayaan Taliban menewaskan Amerika Syarikat pada 15 Ogos 2021, dengan tarikh kemerdekaan mereka jatuh pada 31 Ogos 2021. Dato’ Azam menekankan pentingnya keimanan dan ketakwaan sebagai faktor utama kejayaan. Beliau turut membawa tokoh sami wanita Buddha ke Afghanistan bagi membuktikan harmoni antara Islam, Buddha, dan wanita.
  2. Taufan al-Aqsa oleh Hamas (2023): Perjuangan Hamas menggunakan senjata buatan tempatan dan kejayaan mereka yang disusuli perjanjian damai.
  3. Revolusi Pelajar di Bangladesh (2024): Kejatuhan Sheikh Hasina pada 8 Ogos 2024, yang menunjukkan kebangkitan pelajar sebagai kuasa IT selepas India.
  4. Keputusan di Syria (2024): Kejatuhan rejim al-Asad pada 8 Disember 2024 sebagai tanda kemenangan umat Islam.
  5. Naratif Zionisme Ditolak: Perubahan pandangan masyarakat Barat terhadap Zionisme dan penerimaan naratif penindasan rakyat Palestin.
  6. Penubuhan BRIGS: Satu lagi tanda perubahan landskap politik global.

Pesanan dan Nasihat

Dalam pesannya, Dato’ Ahmad Azam menyeru KPM untuk mempersiapkan generasi muda dengan mencontohi Rasulullah SAW yang melatih Zaid bin Harisah sebagai pemimpin perang pada usia muda. Beliau turut menggariskan langkah strategik:

  1. Kesatuan Umat: Fokus kepada penyatuan dan menghindari perpecahan.
  2. Persiapan Generasi: Membebaskan anak muda dari kejahilan dan ketakutan untuk berjihad dalam bidang masing-masing.
  3. Masjid sebagai Rahmatan Lil Alamin: Memastikan masjid menjadi pusat rahmat untuk semua, bukan hanya kepada umat Islam.

Program ini, yang berlangsung selama tiga hari, turut melibatkan penyertaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menekanka tentang persoalan “Apa pentingnya intellectual thoughts tentang perubahan – Islah mastato’tu dalam Pendidikan?”. Seramai 25 peserta yang terdiri daripada pegawai bahagian KPM hadir untuk mendalami konsep Malaysia Madani, sejajar dengan usaha kementerian untuk memperkukuh nilai kemanusiaan dalam sektor pendidikan.

Program Bina Insan Sejahtera ini menjadi platform penting untuk membina generasi muda yang berilmu, berani, dan bersatu dalam menghadapi cabaran masa depan. Usaha ini mencerminkan komitmen KPM dalam melahirkan modal insan yang mampu membawa perubahan positif kepada negara dan dunia.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Seminar Perkasa Tangani Ancaman Akidah

SALWA Malaysia Perkasa Usaha Tangani Ancaman Akidah Era Digital SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Dalam usaha membentengi umat Islam daripada ancaman kegelinciran akidah di era digital, Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menganjurkan Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam dalam Era Digital, bertempat di […]

Baca Lanjut

Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian

Presiden WADAH Seru Pendekatan Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian PUTRAJAYA, 17 Jun 2025 – “Kalau kamu menolong saudaramu, pertolongan Allah tidak akan putus-putus,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC-OIC), dalam pembentangannya sempena Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dari […]

Baca Lanjut

Takziah, Berehatlah Murabbi Umat

WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah […]

Baca Lanjut

Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025

WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
648721
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,613
Klik Sini