Seminar Perbandaran Madani Titik Tolak Bina Komuniti PPR Sejahtera dan Inklusif
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, telah ditemu ramah oleh Berita AlHijrah bersempena Seminar Perbandaran MADANI: Membina Masyarakat Bandar MADANI yang Sejahtera dan Inklusif yang berlangsung di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur.
Dalam temuramah tersebut, beliau menekankan bahawa pembentukan komuniti bandar yang lebih sejahtera dan inklusif perlu bermula dari institusi keluarga yang menjadi madrasah pertama dalam membentuk sahsiah anak-anak. Justeru, usaha memperkasa komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) tidak boleh dipisahkan daripada aspek pembinaan keluarga yang kukuh serta penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
“Di seluruh perumahan awam di Kuala Lumpur, jumlah penduduk melebihi 200,000 orang – majoritinya adalah orang Melayu. Kita tidak mahu masyarakat bandar ini dikenali dengan keruntuhan akhlak, permusuhan atau pergaduhan. Sebaliknya, kita mahu melahirkan masyarakat yang kuat pegangan agamanya, mencintai negara, keamanan serta kedamaian,” ujar beliau dalam wawancara tersebut.
Seminar yang menghimpunkan wakil penduduk daripada 51 komuniti PPR dan PA sekitar Wilayah Persekutuan ini dianjurkan secara bersama oleh WADAH, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Tunas NADHA. Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut menegaskan bahawa gagasan Malaysia Madani bukanlah sekadar slogan politik, sebaliknya satu agenda negara yang menekankan nilai-nilai ihsan, adab, hormat, belas kasihan dan keadilan.
Dato’ Ahmad Azam turut menyatakan bahawa kemiskinan bandar mempunyai dinamika berbeza berbanding luar bandar. “Kemiskinan di bandar itu lain cara hidupnya. Berbeza dengan di kampung. Maka, seminar ini menjadi titik tolak penting untuk memperkenalkan pendekatan yang sesuai dengan realiti komuniti bandar, sekali gus memberi inspirasi kepada penduduk untuk membina kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Beliau turut menggesa agar usaha-usaha seperti ini tidak terhenti di peringkat seminar semata-mata, sebaliknya dirangka sebagai pelan tindakan jangka panjang yang melibatkan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, NGO dan kepimpinan akar umbi. “Kita perlu mencari penyelesaian bersama yang boleh diterjemahkan kepada program-program lapangan secara berterusan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan masyarakat,” tambahnya lagi.
Seminar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif WADAH dalam memperkukuh budaya ilmu dan membina komuniti berdaya tahan berteraskan nilai-nilai MADANI di peringkat akar umbi. Ia juga menjadi medan strategik untuk membincangkan isu-isu kritikal berkaitan sosial, ekonomi, keselamatan, kebersihan dan pembangunan modal insan dalam kalangan komuniti PPR dan PA.
Video temu ramah boleh ditonton di paparan tertera.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]