Ucapan Presiden WADAH di Seminar Perbandaran Madani
July 23rd, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Seruan Kebangkitan Komuniti Bandar Melalui Nilai Keinsanan dan Kerohanian
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa pembangunan masyarakat bandar perlu berasaskan kepada nilai keinsanan, pemerkasaan komuniti rentan, serta pengukuhan elemen kerohanian dan jati diri.
Beliau menyampaikan ucapan alu-aluan sempenaSeminar Perbandaran Madani yang berlangsung di Ballroom Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, dengan dihadiri lebih 180 peserta mewakili pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin komuniti, NGO tempatan, serta agensi-agensi kerajaan.
Mengangkat tema “Membangun Masyarakat Sejahtera dan Inklusif”, seminar ini menjadi platform strategik memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan seperti DBKL, agensi agama seperti MAIWP serta NGO termasuk WADAH yang menggerakkan Projek Tunas Nahdah – satu inisiatif pembangunan komuniti akar umbi berfasa di kawasan PPR dan pinggir bandar.
“Peranan WADAH bukan untuk memberi kemudahan fizikal seperti Dewan Bandaraya, tetapi untuk mengisi komponen penting iaitu manusiawi dan kerohanian dalam masyarakat bandar,” ujar beliau.
Dato’ Ahmad Azam menekankan bahawa antara cabaran utama masyarakat bandar hari ini ialah kejahilan agama, kemiskinan dan perpecahan sosial. Ketiga-tiga isu ini, menurut beliau, memerlukan pendekatan holistik yang merangkumi pendidikan, ekonomi, sosial dan keagamaan.
“Masyarakat bandar sering dikaitkan dengan kemerosotan akhlak dan pelbagai masalah sosial. Tetapi kita mahu membuktikan bahawa masyarakat bandar mampu menjadi generasi unggul, berakhlak tinggi dan menjadi teras pembangunan negara.”
Suara Komuniti Madani
Beliau turut menyentuh peri pentingnya suara komuniti diangkat sebagai asas dalam merangka dasar perbandaran yang lebih adil dan inklusif, selain menyeru penglibatan aktif semua pihak termasuk NGO dakwah seperti IKRAM, HALUAN, dan ABIM dalam memacu kebangkitan ini.
“Kalau dirancang dengan baik, dan diberikan sistem sokongan yang menyeluruh, masyarakat bandar mampu membuktikan peradaban mereka yang tinggi dan menjadi masyarakat madani seperti yang diasaskan oleh Rasulullah SAW di Madinah.”
Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan seminar ini, khususnya MAIWP, DBKL serta jaringan dan kepimpinan komuniti setempat yang komited menjadi jambatan antara rakyat dan penganjur.
“Mereka ini ejen perubahan paling dekat dengan rakyat dan berpotensi besar menggerakkan pembaikan sosial yang lestari,” tambahnya.
Seminar ini turut dihadiri Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan diakhiri dengan harapan agar segala perbincangan dapat membuahkan rumusan yang bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat bandar.
Dato’ Ahmad Azam menutup ucapannya dengan pantun:
“Berpagi Hari di Kota Madani, Langit Cerah Redup Berseri, Bersama Kita Bangun Pertiwi, Masyarakat Sejahtera Menjadi Realiti.”
WADAH, menurut presiden, akan terus berdiri bersama rakyat, membina masyarakat madani dari hati ke rumah dan seterusnya ke seluruh kota.
JITRA, 14 September 2026 – Memahami peralihan paksi kuasa dunia serta mengantisipasi ancaman anasir luar terhadap fabrik perpaduan nasional menuntut daya fikir yang tajam, matang, dan berteraskan kefahaman strategik dalam kalangan aktivis masyarakat sivil dan gerakan Islam. Menyedari peri pentingnya wacana keilmuan ini, satu persidangan berprestij iaitu Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global telah berjaya […]
SEREMBAN, 23 Ogos 2026 – Memperkukuh saf perjuangan gerakan Islam, menyelaraskan persefahaman fikrah merentas generasi, serta memperkasakan institusi kekeluargaan menjadi intipati teras dalam penganjuran Ijtimak Harakiy Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Sembilan serta Muktamar Negeri (MUKRI) 2026. Perhimpunan tahunan yang penuh bersemangat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Seremban semalam. Program […]
BAYAN LEPAS, 14 September 2026 – Memahami gelombang perubahan geopolitik antarabangsa serta kesannya terhadap kedaulatan watan menuntut daya fikir yang kritis, matang, dan berpandangan jauh dalam kalangan aktivis gerakan Islam. Kesedaran ini dizahirkan menerusi penganjuran Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-PEMBIMBING (WAP) Pulau Pinang 2026 yang berlangsung dengan penuh iltizam bertempat di Dewan Al-Fateh, Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Bayan […]
BESTARI JAYA, 10 September 2026 – Dunia keilmuan akademik dan gerakan dakwah masyarakat sivil melakar detik bersejarah apabila Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, secara rasminya menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Universiti Selangor (UNISEL). Pelantikan berprestij tersebut disempurnakan bersempena Majlis […]