PRESIDEN WADAH DILANTIK PENASIHAT KHAS MENTERI LUAR NEGERI BAGI HAL EHWAL AFGHANISTAN

Kongsikan artikel ini :

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Islam Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Luar Negeri Bagi Hal Ehwal Afghanistan. Perkara itu diumumkan Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah semasa menyampaikan ucapan utama pada KL Conference on Afghanistan – Re-emergence of a Nation anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 26 September 2021 yang lalu.

Perlantikan ini adalah satu kepercayaaan besar negara kepada kepemimpinan gerakan dakwah WADAH bagi menangani isu-isu berbangkit pasca peralihan kuasa di Afghanistan setelah pengunduran Amerika Syarikat baru-baru ini. Sesungguhnya maslahah atau kepentingan umat Islam Afghanistan yang telah bergelut dengan pelbagai krisis peperangan sejak empat dekad lalu memerlukan penglibatan langsung dan aktif gerakan dakwah.

WADAH mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dato’ Saifuddin Abdullah atas kepercayaan yang diberikan itu. Ia membuka peluang bagi gerakan dakwah di Malaysia untuk mengembeling tenaga bersama bagi menggerakkan usaha pembangunan semula Afghanistan terutama dari aspek pembangunan hal ehwal urustadbir, pendidikan dan kemanusiaan.

Tahniah.

KL Conference on Afghanistan 2021.

YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri.

KL Conference on Afghanistan 2021 Session.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025

WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]

Baca Lanjut

Reformasi Menyeluruh Terhadap Sistem Kuasa Veto PBB

Presiden WADAH: Mansuh atau Kawal Veto, Dunia Tidak Lagi Percaya kepada PBB Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menggesa pemansuhan atau reformasi menyeluruh terhadap kuasa veto yang dimiliki lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gesaan tersebut disuarakan beliau dalam rancangan Glob […]

Baca Lanjut

Seru Dunia Bangkit Kawal Kuasa Veto

Presiden WADAH: Dunia Perlu Bangkit Kawal Kuasa Veto, PBB Jangan Jadi Alat Kuasa Besar Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa kuasa veto yang dimiliki negara-negara besar di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus digunakan dengan bertanggungjawab dan tidak dijadikan alat […]

Baca Lanjut

Diskusi Meja Bulat: RUU PSB

WADAH Anjur Diskusi Meja Bulat: RUU PSB & Isu Sosial PPR Sebagai Usaha Membina Bandar Baharu, Menyatukan Masyarakat Bandar Baru Bangi, 26 Mei 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan satu Diskusi Meja Bulat bertemakan “RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) & Isu Sosial PPR: Membina Bandar Baharu, Menyatukan Masyarakat” yang berlangsung di Bangi […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
619985
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,881
Klik Sini