PENYUSUNAN BARU KABINET MEMPERKUKUH PERLAKSANAAN AGENDA MALAYSIA MADANI

Kongsikan artikel ini :

WADAH menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri atas senarai kabinet baru pagi tadi selaras dengan peruntukan Artikel 43 dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini merupakan satu keberanian PM untuk mewujudkan sebuah kerajaan dan kabinet yang menumpukan soal ‘deliver’ atau keberkesanan dalam penyampaian. Dan jumlah keseluruhan Kabinet masih rendah berbanding 70 orang barisan Kabinet sebelum ini.

Pengumuman ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat terutama kementerian yang tiada Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Isu kos sara hidup sering menjadi sasaran utama dalam pentadbiran kerajaan. Dengan kembalinya Menteri baru yang dipertanggungjawabkan, diharap dapat menumpukan sepenuhnya perkara tersebut. Agenda rakyat ini sangat penting bagi memastikan kelestarian rakyat dijaga daripada cabaran-cabaran yang meruncing akan datang. Kita berharap kementerian ini akan merangka pelan jangka masa pendek dan panjang menyentuh keperluan rakyat.

Beberapa portfolio yang bertukar adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi institusi tersebut. WADAH yakin Menteri yang bertukar portfolio akan berusaha mengekalkan keutuhan Kerajaan Perpaduan dengan memperkenalkan berbagai usaha yang inovatif dan kreatif. WADAH yakin dengan keupayaan Menteri Pendidikan Tinggi, mampu menjadikan Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia berada ke tahap yang lebih tinggi lagi, menjadi hub bagi pelajar seluruh dunia menimba ilmu di IPT di negara ini.

Kehadiran Timbalan Menteri Agama juga dapat diharap dapat membantu dan menguatkan YB Menteri bagi menangani isu extremisme serta politik hasad dengki yang sedang berleluasa.

WADAH yakin dan berharap dengan saf kepimpinan baru YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memberi impak yang besar serta memacu misi menjadi negara Madani yang menyanjung tinggi perpaduan, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
346
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378643
Klik Sini