PENGISLAMAN SAUDARA BARU DI KLANG: WADAH KESAL KENYATAAN KUALA LUMPUR AND SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL (KLSCAH)

Kongsikan artikel ini :

WADAH merasa kesal terhadap kenyataan Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang negatif dan berbaur kejahilan akan niat baik YAB Perdana Menteri dalam upacara pengislaman saudara baru di Klang.

Kenyataan KLSCAH berkaitan dengan YAB Perdana Menteri mengislamkan seorang pemuda di Masjid India Klang, tidak sewajarnya dikeluarkan dan tidak perlu dipertikaikan serta dijadikan isu. Perkara tersebut disempurnakan dalam suasana harmoni, penuh kasih sayang di masjid selepas Solat Jumaat dalam satu upacara ringkas yang menjadi kebiasaan di sana.

Secara umum dimaklumkan bahawa saudara baru keturunan India itu sudah bersedia dan tiada sebarang paksaan terhadap beliau untuk menganut agama Islam sebagai rakyat Malaysia.

Tidak ada salah dan tidak menjadi suatu isu dalam masyarakat sekarang, kerana beliau, YAB PM telah berperanan sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab.

Adalah keterlaluan sekiranya KLSCAH dan mana mana kumpulan yang cuba memberi gambaran negatif dari soal ketenteraman dan sensitif sedangkan perbuatan itu selari dengan kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri, beliau amat faham soal penduduk yang pelbagai kaum, agama dan budaya dalam negara ini, sudah pastilah persefahaman dan keharmonian menjadi keutamakan.

KLSCAH dan kumpulan-kumpulan lain tidak perlu bermain api dan cuba mencari ruang bagi memecahbelahkan masyarakat yang dengan kenyataan yang berbaur sentimen 3R.

WADAH yakin bahawa, YAB PM telah memberi contoh yang baik bagi menyemarakkan prinsip kebebasan, persefahaman dan perpaduan dalam membina masyarakat Madani yang merdeka.

 

 

AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung WADAH

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Datuk Mustaffa Kamil Ayub

Siri Forum Kepimpinan Madani: Datuk Mustaffa Kamil Ayub Gariskan Naratif Pembinaan Generasi Madani Global Abad Ke-21

KAJANG, 18 Jun 2026 – Bertempat di Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, satu wacana pemikiran berimpak tinggi telah berlangsung semalam menerusi penganjuran Siri Forum Kepimpinan Madani. Program anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama institusi pendidikan ini berjaya menghimpunkan para akademik, pimpinan masyarakat, dan mahasiswa bagi merumuskan formula komprehensif dalam melahirkan […]

Baca Lanjut
usrah gabungan

BAHAYA LIDAH – ANTARA KEBENARAN DAN FITNAH DI ZAMAN KINI

Firman Allah سبحا نه وتعالي: وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Al Isra’:36) ayat: Alhamdulillah, segala puji bagi […]

Baca Lanjut

Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan: Presiden WADAH Kupas Isu ‘Tiga Serangkai Krisis’ Berdasarkan Ibrah Sirah Nabawiyyah

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – Dalam mendepani gelombang ketidaktentuan sosiopolitik dan cabaran sara hidup yang semakin mencabar, Wanita WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Usrah Gabungan peringkat negeri malam tadi. Program yang berlangsung di Outreach Oasis ABIM Bukit Bintang (OOBB) ini menjadi medan penting bagi pimpinan dan kader gerakan untuk memperteguh pendirian serta […]

Baca Lanjut
bowling komuniti

ERATKAN UKHWWAH KOMUNITI : EMPAT PETUGAS WADAH SAHUT CABARAN PERTANDINGAN BOWLING AYG 2026

BANGI, 23 Mei 2026 – Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pertubuhan belia serta menyuburkan budaya gaya hidup sihat, empat orang petugas daripada Sekretariat WADAH Pusat telah tampil menyahut cabaran dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG 2026. Pertandingan yang berlangsung meriah itu telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Tingkat 3, Bangi Gateway, semalam. WADAH kali ini […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1326
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
559539
Klik Sini