PEMERKASAAN UMAT MELALUI PEMIKIRAN YUSUF QARADHAWI

Kongsikan artikel ini :

Pemerkasaan Umat Melalui Pemikiran Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
– Ucapan aluan Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman Presiden WADAH, sempena Seminar Fikrah Madani: Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Penghayatan Manhaj Islah & Tajdid Dalam Pemerkasaan Umat 2024

Alhamdulillah kita ucapkan setinggi kesyukuran di atas limpah kurnia-Nya, Seminar Fikrah Madani: Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Penghayatan Manhaj Islah dan Tajdid Dalam Pemerkasaan Umat dapat dilangsungkan pada hari yang berbahagia ini.

Selamat Datang, Ahlan wa sahlan, saya alu-alukan kepada semua para peserta seminar yang tujuannya adalah untuk mengangkat fikrah Syeikh Qaradhawi sebagai asas pemikiran penting di dalam menjayakan Agenda Malaysia MADANI.

Dalam hadith riwayat daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi S.A.W. bersabda; “Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun, orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)” – Sahih Abu Daud (3740)

Berdasarkan hadith ini, dan merujuk riwayat hidup Syeikh Qaradhawi selama 96 tahun (lahir 9 Sept 1926 – 26 Sept 2022) kehidupannya, dengan karangan kitab berunsurkan Manhaj Islah & Tajdid sebanyak 120 buah, rasanya amat wajar Syeikh Qaradhawi digelar Imam Mujtahid Abad 21.

Syeikh Qaradhawi lahir 2 tahun setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejak berumur 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan seterusnya menimba ilmu tanpa henti sehingga berjaya meraih Ijazah Kedoktoran dengan tesis “Zakat dan Kesannya Kepada Penyelesaian Masalah Sosial”, pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Tesis ini menjadi asbab penulisan buku monumentalnya yang bertajuk Fiqh Al-Zakat.

Seluruh hayatnya selama 96 tahun dipertaruhkan untuk menangani legasi penjajahan Barat ke atas dunia Islam iaitu kejahilan, kemiskinan, dan perpecahan dengan menulis buku-buku tematik bagi menangani setiap isu tersebut.

Bagi menangani cabaran kejahilan, Syeikh Qaradhawi menulis buku Halal dan Haram Dalam Islam, Iman dan Kehidupan.

Bagi cabaran kemiskinan, beliau menulis buku Fiqh Al-Zakat, Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam.

Bagi cabaran perpecahan pula, beliau menulis buku Kebangkitan Islam di antara Cabaran dan Ekstrimisme, Fiqh Awlawiyyat, dan Fiqh Muwatanah antaranya.

Meneliti keseluruhan pemikiran Syeikh Qaradhawi melalui sejumlah bukubukunya, nyata sekali seolah-olah beliau sedang mempersiapkan generasi AlFalah, generasi Abad baharu untuk mengembalikan Islam sebagai kuasa baharu dunia dalam konsep Istikhlaf.

Untuk memahami Fikrah MADANI, kami berpendapat bahawa pemikiran Qaradhawi dengan Manhaj Islah dan Tajdid adalah syarat penting bagi pemerkasaan umat yang telah 100 tahun diperhambakan oleh Penjajahan Barat.

Bagi pihak WADAH, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Mohtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan seluruh agensinya atas kerjasama erat bagi menjayakan Seminar Fikrah Madani yang penting ini.

Seminar begini amat wajar untuk diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan pencerdasan dan kefahaman umat mengenai Agenda Malaysia MADANI.

Keutamaan umat Islam di negara ini sekarang adalah kesatuan dan perpaduan, mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahteraan ini dengan merealisasikan Islam sebagai Rahmatan lil Alamin, menyantuni permasalahan umat, dalam dan luar negara.

Bicara Presiden|Bicara Presiden - BM

Keprihatinan Berterusan PIW Ringankan Beban Mangsa Banjir

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR SG MERAB Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir Sungai Merab telah berjaya dilaksanakan pada 11 Januari 2025 di Dewan Kuliah Anjung Rahmat dengan kehadiran pelbagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat. Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Ketua Kampung Sungai Merab, Tuan Haji Mohamad Aris Bin Said, Pengerusi Pusat Infaq Wadah […]

Baca Lanjut

TAQWA ZON 5: PERKUKUH UKHUWAH DAN KHIDMAT

PROGRAM TAQWA ZON 5 PERKUKUH UKHUWAH DAN KHIDMAT MASYARAKAT SITIAWAN, 11 Januari 2025 – Program TAQWA Zon 5 anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan pada 10 dan 11 Januari 2025 di Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah, Kg. Deralik, Sitiawan, Perak. Program ini menggabungkan penyertaan ahli WADAH dari empat daerah iaitu […]

Baca Lanjut

MANZUMAH MAQASID: PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Kuliah Khas Manzumah Maqasid Bersama Ustaz Fauwaz Fadzil Kajang, 5 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pertubuhan SALWA Malaysia telah berjaya menganjurkan Kuliah Khas bertajuk Manzumah Maqasid yang disampaikan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil. Kuliah ini berlangsung di Markaz Al-Qaradhagi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, dan dihadiri oleh 40 orang peserta. Sesi kuliah […]

Baca Lanjut

MENGUKUH WAHDATUL QALB: AMANAT PRESIDEN WADAH DI JOHOR

WADAH Johor Menganjurkan Program Menghadam Amanat Presiden Johor Bahru, 5 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor berjaya menganjurkan program “Menghadam Amanat Presiden Peringkat Negeri Johor” yang berlangsung di Kompleks Pendidikan Al Hikmah, Johor Bahru. Program ini dihadiri oleh pelbagai lapisan ahli WADAH serta aktivis masyarakat yang komited terhadap perjuangan memartabatkan ummah. […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
225599
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,541
Klik Sini
Enable Notifications OK No thanks