PENGERUSI MSK DILANTIK SENATOR SELANGOR

Kongsikan artikel ini :

WADAH Pencerdasan Umat Malaysia Ucap Tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman atas Pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa bangga dan sukacita mengucapkan tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman atas pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh tiga tahun.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepakaran, pengalaman, dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, pemikiran politik, serta pembangunan masyarakat. Sebagai seorang ilmuwan dan pemikir yang dihormati, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan telah banyak mencurahkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang, khususnya sejarah dan politik Timur Tengah.

Beliau memiliki kelayakan akademik yang amat cemerlang, termasuk Ijazah Sarjana dalam Sejarah dan Politik Timur Tengah dari School of Oriental and African Studies, University of London serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Edinburgh. Keilmuan dan kepakaran beliau diiktiraf apabila dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah dan Politik Timur Tengah oleh Universiti Malaya pada tahun 2024.

Dalam dunia akademik, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sejak tahun 1987 sebelum dilantik sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dari 2009 hingga 2014. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas dan Pengarah University of Malaya Centre for Democracy and Election (UMCEDEL), sebuah pusat penyelidikan yang memainkan peranan penting dalam analisis pilihan raya dan demokrasi di Malaysia.

Sebagai Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) sejak 2016, beliau telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sektor pendidikan tinggi di Selangor. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), yang berperanan dalam penyelidikan dasar dan analisis politik negara.

WADAH Pencerdasan Umat Malaysia yakin bahawa dengan kepimpinan dan ketokohan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, suara rakyat akan terus dibawa dengan penuh hikmah dan ketegasan di Dewan Negara. Kami berharap beliau dapat terus memperjuangkan kepentingan rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negara dengan idea-idea bernas dan wawasan yang luas.

Sekali lagi, tahniah dan selamat menjalankan amanah dengan cemerlang dalam merealisasikan visi Malaysia MADANI!

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Seminar Perkasa Tangani Ancaman Akidah

SALWA Malaysia Perkasa Usaha Tangani Ancaman Akidah Era Digital SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Dalam usaha membentengi umat Islam daripada ancaman kegelinciran akidah di era digital, Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menganjurkan Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam dalam Era Digital, bertempat di […]

Baca Lanjut

Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian

Presiden WADAH Seru Pendekatan Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian PUTRAJAYA, 17 Jun 2025 – “Kalau kamu menolong saudaramu, pertolongan Allah tidak akan putus-putus,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC-OIC), dalam pembentangannya sempena Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dari […]

Baca Lanjut

Takziah, Berehatlah Murabbi Umat

WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah […]

Baca Lanjut

Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025

WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
650798
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,690
Klik Sini