Pemikiran Siddiq Fadzil: Inspirasi Perjuangan Umat

Kongsikan artikel ini :

Forum Fikrah Siddiq Fadzil: Lima Agenda Pemikiran Siddiq Fadzil

Kota Kinabalu, 9 September 2025Tuan Haji Amidi bin Dato’ Abdul Manan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan pembentangan forum dalam Seminar Fikrah Madani: Pemikiran Siddiq Fadzil Peringkat Negeri Sabah di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Beliau juga merupakan EXCO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Dalam pembentangannya, Tuan Haji Amidi menyoroti pemikiran almarhum Ustaz Siddiq Fadzil sebagai tokoh Islam kontemporari yang mempunyai visi besar dalam membangunkan umat. Beliau mengimbau pengalaman peribadi bersama almarhum yang terkenal dengan kegigihan mencari ilmu, khususnya minat mendalam terhadap buku-buku dari dunia Arab, Barat, dan Nusantara. Kegigihan ini menurut beliau menjadikan Ustaz Siddiq seorang pemikir yang mampu mengupas isu-isu umat dari pelbagai sudut secara menyeluruh.

Antara sumbangan terbesar Ustaz Siddiq yang diketengahkan ialah gagasan Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan ketika memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Gagasan ini membentuk kerangka perjuangan umat melalui lima agenda utama:

  1. Pembinaan Syakhsiyah Islamiyah – menekankan kebebasan berfikir yang menjadi asas kepada tanggungjawab individu Muslim.
  2. Pembinaan Usrah Islamiyah – membina keluarga Islam yang kukuh dan berpaksikan nilai al-Quran.
  3. Pembangunan Masyarakat Islam – melalui institusi pendidikan, hospital Islam, program komuniti, dan dakwah kepada bukan Islam.
  4. Pembinaan Negara Islam – memperkukuh kefahaman fiqh dan maqasid syariah dalam kerangka kenegaraan moden yang adil dan rahmah.
  5. Pembinaan Khilafah Islamiyah – mempersiapkan umat Islam sebagai agen kedamaian sejagat yang membawa rahmat kepada seluruh manusia.

Turut ditegaskan bahawa pemikiran Ustaz Siddiq amat relevan dengan cabaran semasa, khususnya dalam membina bangsa merdeka yang tidak gentar mengangkat Islam sebagai penyelesaian permasalahan umat dan negara.

“Islam adalah solusi yang mampu mengangkat darjat, martabat, dan harakat umat. Pemikiran Siddiq Fadzil mengingatkan kita bahawa agama ini adalah rahmat yang membawa keadilan dan kedamaian sejagat,” ujar beliau.

Seminar ini menampilkan perbincangan forum yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hajah Arsiah Hj. Bahron, dengan panel lain iaitu Datuk Dr. Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Kementerian Pendidikan Malaysia, serta Encik Mohd Nur Hilmie Milus, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS). Kehadiran tokoh akademik, pemimpin belia, dan masyarakat madani menjadikan seminar ini platform penting untuk mengangkat pemikiran Siddiq Fadzil sebagai panduan membina masyarakat Islam yang progresif dan inklusif.

Pembentangan forum boleh ditonton di paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
920
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415239
Klik Sini