PEMERGIAN PROFESOR DIRAJA TAN SRI DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

Kongsikan artikel ini :
DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

BELANGSUNGKAWA

                          إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2026 bersamaan 18 Ramadan 1447H.

Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan Islam dan peradaban Melayu. Sebagai seorang cendekiawan dan ahli falsafah Muslim yang tersohor, beliau telah memberikan sumbangan besar dalam bidang pemikiran, falsafah, sejarah, kesusasteraan serta peradaban Islam. Pada tahun 2024, Almarhum telah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu serta tamadun negara dan dunia Islam.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhum, menerima segala amal kebajikan beliau, serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2485
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
398839
Klik Sini