PEK CERIA RAYA MENCERIAKAN RAMADAN 220 KELUARGA

Kongsikan artikel ini :

Program Bantuan Madani Rakyat: 220 Keluarga Terima Pek Ceria Raya di Masjid Azzubair Ibn Awwam, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2025Program Bantuan Madani Rakyat: Serahan Pek Ceria Raya telah diadakan di Masjid Azzubair Ibn Awwam, Kuala Lumpur, sebagai inisiatif menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan menjelang bulan Ramadan. Seramai 220 penerima dari 21 lokaliti sekitar Kuala Lumpur menerima Pek Ceria Raya, yang mengandungi beras, barangan dapur, dan kuih raya.

Program ini dianjurkan dengan tajaan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mendapat sokongan Parlimen Bandar Tun Razak, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dan Nahdah. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menyempurnakan sesi penyerahan bantuan kepada penerima.

Turut hadir adalah YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Ustaz Hasri bin Harun, Timbalan Presiden WADAH Pencerdasan Umat, YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, serta YBhg. Tuan Haji Mohamad Razani bin Hj Mohd Nor, AJK Masjid Azzubair Ibn Awwam.

Puasa Sebagai Ibadah dan Solidariti

Program dimulakan dengan sesi Motivasi Ramadan yang disampaikan oleh Encik Khairul Arifin Mohd Munir, Penolong Setiausaha Agung WADAH, yang mengajak hadirin merenungi makna ibadah puasa dan keistimewaan Ramadan. Beliau memulakan dengan mengingatkan bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah ayat Iqra’ (Bacalah) dari Surah Al-‘Alaq, menandakan pentingnya ilmu dan pembacaan dalam kehidupan seorang Muslim.

Beliau turut menyeru hadirin agar tidak berhenti berdoa dan berusaha untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. “Tanamkan dalam hati niat untuk pergi ke Makkah dan Madinah. Walaupun kita rasa mustahil kerana kekangan kewangan, ingatlah firman Allah dalam Surah Yasin: Kun fayakun – jika Allah kehendaki, ia pasti berlaku,” katanya.

Dalam sesi tersebut, beliau juga menekankan bahawa Ramadan adalah bulan Al-Quran, dan setiap umat Islam digalakkan untuk membaca, memahami, serta mentadabbur maknanya. “Bacalah Al-Quran setiap hari. Jika tidak boleh membaca, dengarkan dan renungkan maknanya. Ini adalah bulan di mana kita harus mendekatkan diri kepada Allah dengan ayat-ayat-Nya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden WADAH, Ustaz Hasri bin Harun, turut menyampaikan amanatnya kepada hadirin:

“Kami hadir bersama-sama untuk berkongsi kegembiraan dengan tuan-tuan. Inilah antara matlamat puasa yang kita laksanakan. Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bagaimana kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Program ini adalah satu usaha kecil yang diharapkan dapat memberi kegembiraan kepada penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri.”

Serahan Pek Ceria Raya dan Penghargaan Kepada Penerima

Pada jam 3.50 petang, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba dan menyempurnakan sesi penyerahan Pek Ceria Raya kepada penerima yang hadir. Setiap penerima menerima pek bantuan berisi bahan makanan asas, bertujuan untuk meringankan beban dalam menyediakan keperluan Ramadan dan Syawal.

Seorang penerima, Pn. Rohani, 62, menyatakan rasa syukur atas bantuan yang diterima:

“Bantuan ini sangat bermakna bagi kami sekeluarga. Dengan keadaan ekonomi sekarang, setiap sumbangan amat membantu dalam menyediakan juadah untuk anak cucu pada hari raya nanti.”

Program ini berakhir selepas solat Asar berjemaah, dan para hadirin bersurai pada jam 5.00 petang. Inisiatif ini membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan solidariti dalam masyarakat masih kukuh, selari dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Berita Wadah - BM|Berita Wadah

PMX TITIP PESAN ISLAH DI MUKNAS19

PMX Menegaskan Pentingnya Hikmah, Pencerahan Dan Keteguhan Nilai Dalam Merealisasikan Agenda Islah Dan Reformasi Negara Di Muktamar Nasional WADAH Kali Ke-19 Seberang Jaya, 29 November 2025 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim , menekankan kembali asas perjuangan islah dan reformasi ketika menyampaikan ucapan di Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS19) yang berlangsung di Permatang Pauh. […]

Baca Lanjut
MUKNAS19

MUKNAS19 – TEKS UCAPAN YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah SWT yang mempertemukan kita dalam medan ilmu dan perjuangan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmah dan cahaya sepanjang zaman. Yang dihormati Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH; para pimpinan ABIM, PKPIM, SALWA, HELWA; para tokoh sarjana, aktivis masyarakat sivil, serta […]

Baca Lanjut
Majlis Mengenang Jasa Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty

MAJLIS MENGENANG JASA ALMARHUM PROF. DATO’ DR. MUHAMMAD NUR MANUTY

BANGI, 11 Disember 2025 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Majlis Mengenang Jasa dan Sumbangan Almarhum Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM yang kelima, dalam satu majlis penuh penghormatan yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pagi ini. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu disertai pelbagai tokoh akademik, […]

Baca Lanjut

WACANA KETOKOHAN DAKWAH: MENGHAYATI LEGASI ILMUAN ALMARHUM DR. RUMAIZUDDIN GHAZALI

WACANA KETOKOHAN DAKWAH: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN ALMARHUM PROF. MADYA DR. MOHD RUMAIZUDDIN GHAZALI Nilai, 8 Disember 2025 – Program ilmiah “Wacana Ketokohan Dakwah: Pemikiran dan Sumbangan Almarhum Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali” telah diadakan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini bagi mengenang ketokohan, pemikiran dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang dakwah […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1803
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
188293
Klik Sini