Muktamar Nasional WADAH ke-18

Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan (MPSK)

Forum Fikrah Madani Dr Siddiq Fadzil - Menyegar Nahdah Kewanitaan

Seminar Fiqh Ta'ayush: Hidup Damai Dalam Komuniti Asean

Rakaman Seminar

Resolusi Seminar

 

 

Menyedari akan pentingnya perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di rantau ASEAN untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan bersama.

Memahami bahawa Fiqh Ta'Yush atau konsep hidup damai bersama berlandaskan prinsip-prinsip keadilan, hormat-menghormati, dan kesederhanaan adalah asas penting dalam membentuk komuniti yang aman.

Menyedari bahawa masjid-masjid/ pusat-pusat komuniti di rantau ASEAN berpotensi menjadi pusat perpaduan dan penyelesaian konflik, berperanan sebagai pusat pembangunan komuniti dan keamanan menyeluruh.

Memahami kepentingan melibatkan generasi muda dalam usaha membina masyarakat yang berdaya tahan dan menghormati kepelbagaian melalui program tarbiyah dan dakwah yang holistik.

Menginsafi cabaran globalisasi, digitalisasi, dan arus pemikiran ekstrem yang mempengaruhi masyarakat, dan perlunya usaha bersepadu dalam mengekalkan nilai murni Islam dan budaya Madani.

Mengetahui keperluan memperkukuh kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam membangunkan komuniti yang sejahtera dan makmur.

Memperkukuh Konsep Fiqh Ta'Yush / Hidup Bersama Dalam Budaya Damai dalam ASEAN

Untuk mengamalkan dan memperkukuh konsep Fiqh Ta'Yush atau hidup damai bersama dalam kalangan negara-negara ASEAN sebagai asas perpaduan, keharmonian, dan kerjasama serantau.

Menjadikan Masjid – Pusat Dakwah & Program Dialog - ASEAN sebagai Pusat Keamanan dan Penyelesaian Konflik

Untuk memperkasakan masjid sebagai pusat perpaduan dan penyelesaian konflik dengan menggalakkan masjid-masjid ASEAN menjadi ruang untuk dialog dan perdamaian, seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti yang harmoni.
Menggalakkan Program Pembangunan Komuniti khususnya Dakwah Generasi Muda melalui Projek Pembangunan Komuniti - Projek Tunas Nahdah

Untuk memperkenalkan Projek Tunas Nahdah di Malaysia serta ASEAN bagi membina generasi muda yang berwibawa, memahami nilai-nilai Islam, dan mampu menjadi pemimpin yang menghormati kepelbagaian.

Menyokong Penubuhan MADANI CENTRE FOR ASEAN COMMUNITY: SOCIAL INNOVATION AND DEVELOPMENT (MACASID)

Untuk menyokong inisiatif WADAH menubuhkan MADANI CENTRE FOR ASEAN COMMUNITY: SOCIAL INNOVATION AND DEVELOPMENT (MACASID) sebagai pusat inovasi sosial dan pembangunan yang mempromosikan kesaksamaan dan kesejahteraan di rantau ASEAN.

Membangunkan Program Anti-Ekstremisme dan Penerapan Kesederhanaan

Untuk melaksanakan program pendidikan dan dakwah yang menentang pemikiran ekstrem, sambil mempromosikan konsep kesederhanaan (wasatiyyah) sebagai asas kestabilan masyarakat dan negara.

Menerapkan Nilai Madani di Peringkat ASEAN

Untuk menjadikan nilai-nilai Malaysia Madani sebagai inspirasi kepada komuniti ASEAN dalam membina masyarakat yang inklusif, mampan, dan adil melalui kerjasama antara institusi dakwah dan masyarakat madani di seluruh rantau.

Mempertingkatkan Kerjasama Dakwah dan Pembangunan Sosial di ASEAN

Untuk memperkukuh kerjasama serantau antara institusi dakwah dan komuniti sosial di ASEAN bagi menjayakan inisiatif pembangunan masyarakat yang lestari, ekonomi yang inklusif, dan keamanan yang berpanjangan di rantau ini.

Muktamar Nasional WADAH Kali Ke-18

Rakaman Ucapan Alu-aluan dan Amanat Pimpinan

Majlis Makan Malam Nahdah

Koleksi Artikel

MENGANGKAT MARTABAT NAHDAH UMAT 2.0

Prinsip-Prinsip Utama Mengangkat Martabat NAHDAH UMAT 2.0 berdasarkan Pemikiran Siddiq Fadhil – perwakilan SABAH Dalam ucapan perbahasan daripada perwakilan Sabah, Hj Abdul Manap Mahmud, pengerusi WADAH Sabah memulakan dengan mengucapkan…
Baca Lanjut

TEKS PENUH AMANAT PIMPINAN MUKNAS 18

MISI UMMATIK: KERANGKA BUDAYA DAMAI DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN GEO-POLITIK DUNIA Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan, Ketua Majlis Istisyari Wadah,Para Qiyadah WADAH, ABIM dan PKPIM, Para Muktamirin dan Muktamirat sekalian. Assalamu ‘Alaykum…
Baca Lanjut

UCAPAN DASAR MISI UMMATIK

UCAPAN DASARMISI UMMATIK: KERANGKA BUDAYA DAMAI DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN GEOPOLITIK DUNIA Amanat pimpinan dalam Muktamar Nasional WADAH ke 18, di IDCC dengan mengingatkan kepada mutamirin mengambil iktibar akan keyakinan dan…
Baca Lanjut

Sajak dan Lagu Lemparan Kayu Sinwar

Sajak dan Lagu Lemparan Kayu Sinwar
Sempena Muktamar Nasional ke-18 WADAH

Lemparan Kayu Sinwar
Lemparan kayu sebelum syahid menjemputmu, adalah lambang
perjuangan sepanjang hayat,
Titik mati perjuangan,
Kau abadikan dalam memori umat,
Perjuangan itu pengorbanan segala,
Penjajahan itu perhambaan,
Tak mungkin merdeka cuma-cuma,
kepada si bacul dan pengecut,
menjilat-jilat mohon simpati,
mengadai cebisan maruah yang masih berbaki.

Lemparan Kayu Sinwar,
Membakar jiwa yang berselimut,
membangkit semangat hati nurani yang masih ada ruh,
tanpa mengira bangsa dan agama,
Palestin pasti akan merdeka,
Lambang sebuah kebangkitan,
pengorbanan ribuan jiwa yang tak sia-sia,
kerna syurga menanti.

Lemparan Kayu Sinwar,
tanda berakhirnya 100 tahun penderitaan umat akibat penjajahan,

Lemparan Kayu Sinwar,
Lambang Perjuangan,
Lambang Kemerdekaan,
Erti kematian yang menghidupkan!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

(Ahmad Azam Ab Rahman 26102024)
Tajuk lagu : Lemparan Kayu Sinwar
Lirik : Adaptasi Sajak Dato Haji Ahmad Azam
Prompt Music AI : Afzan Mehmet
Video Editor : Abdul Alim Md Yusob

Video Lagu Bersama Dalam Asa (MUKNAS Gemilang)

Lagu: Bersama Dalam Asa (Muknas Gemilang)

(Verse 1)
Dalam langkah, setiap usaha,
Di sinilah kita berdiri bersama,
Kekurangan jadi pelajaran jiwa,
Kejayaan kita kongsi, jadi budaya.

(Chorus)
Alhamdulillah, syukur tak terhingga,
Tugasan selesai penuh sempurna,
Terima kasih buat yang setia,
Mengiring langkah, membina cahaya.

(Verse 2)
Ketua dan sahabat, kalian berjasa,
Mengatur rapi, tanpa lelah dan jemu,
Pada tiap jiwa yang memberi masa,
Terima kasih, kalian inspirasi kalbu.

(Bridge)
Jika ketegasan terlontar dariku,
Hanya mencari sempurna yang satu,
Maafkanlah khilaf dan gurauanku,
Pengalaman ini kan teguhkan setia kita.

(Chorus)
Alhamdulillah, syukur tak terhingga,
Tugasan selesai penuh sempurna,
Tiga tahun lagi, bersama kita asa,
Muknas gemilang impian kita.

(Outro)
Demi harapan, cita yang membara,
Berjuang bersama, selamanya kita,
Bersama dalam MUKNAS,
Gemilang kan tiba,
Bersama dalam MUKNAS
Impian kita nyata.
Jumlah Pelawat Hari ini :
240442
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,383
Klik Sini
Enable Notifications OK No thanks