MENELUSURI SIRAH NABI SEBAGAI PEMULA FORUM GLOBAL MADANI 2024

Kongsikan artikel ini :

10 – 11 Julai 2024, Kuala Lumpur – Forum Global MADANI 2024 anjuran bersama Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah berlangsung sebagai satu wadah berkumpulnya ramai pembentang dari pelbagai sektor akademik, latar belakang dan kepakaran dalam bersama-sama membahaskan tema dan persoalan berkaitan dengan Kebangkitan Peradaban Islam.

Forum selama 2 hari ini telah diadakan di level 9, Grand Ballroom Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur membawa tema besar “Catalysing The Next Civilisational Revival”. Objektif lain program ini adalah untuk membahaskan plan perancangan ke arah kebangkitan ketamadunan Islam dalam tempoh seratus tahun ke hadapan serta usaha ke arah pengantarabangsaan gagasan Malaysia Madani. Sesi forum terbahagi kepada tiga, iaitu sesi pagi, sesi petang untuk hari pertama dan sesi perasmian penutup pada hari kedua.

Forum hari pertama dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pofessor Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang menekankan beberapa objektif kenapa forum ini dianjurkan. Forum diteruskan lagi dengan sesi ucaptama yang disampaikan oleh Professor Emeritus Dr. Osman Bakar, International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM). Professor membahaskan tentang makna MADANI dengan membawa para hadirin kembali menelusuri sirah Rasul terutama peristiwa pembukaan kota Madinah yang mana nama Yathrib diubah kepada Madinah bukanlah perkara yang sia-sia, ianya mempunyai makna yang lebih mendalam.


Pofessor Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyampaikan ucapan alu-aluan.
Pofessor Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyampaikan cenderamata kepada Professor Emeritus Dr. Osman Bakar, International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM)

Sesi pertama perkongsian panel dengan tema “Muslim Civilizational Revival: Lessons From The Past to Inspire The Future” telah diisi oleh 3 orang panel dan dimoderatorkan oleh saudara Adli Zakuan Zairakithnaini, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Antara Pengisian panel pertama, Profesor Dr. Omar Hasan K. Kasule, Setiausaha Agung International Institute of Islamic Thought (IIIT) menyentuh berkenaan bagaimana liciknya orang barat mengambil kegemilangan ketamadunan Islam lalu diperakukan sebagai milik mereka.

Professor Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, International Islamic University of Malaysia (IIUM) sebagai panel kedua membahaskan tentang perkembangan dunia Aftificial Intelligence dan apakah kesan positif dan negatif terhadap pemkembangan tamadun manusia. Manusia sepatutnya menguasai teknologi ini kerana tidak seperti AI, manusia mempunyai qalbu, heartware yang jauh lebih hebat daripada hardware, perkakas itu sendiri.

Panel ketiga, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK) membentangkan bagaimana 6 teras MADANI dapat memberi sumbangan besar kepada ketamadunan manusia melalui perangkaan framework dan perlaksanaan yang berkesan. Beliau juga menyebut tentang bagaimana tamadun dunia dikesan peradabannya melalui seni bina yang pelbagai seperti tamadun Islam, Rom dan China.

Dari kiri, saudara Adli Zakuan Zairakithnaini, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memoderatorkan forum, diikuti Professor Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, International Islamic University of Malaysia (IIUM) dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK)

Perkongsian panel sesi seterusnya membawa tema “ASEAN as a Civilizational Force in a Changing World Order” menampilkan 3 orang panel iaitu Professor Dr. Jimly Asshiddiqie, Ahli ‘Indonesian Regional Representative Council’, Datuk Ahmad Azam AB Rahman, Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Professor Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sesi kedua forum ini dimoderatorkan oleh Dr Syaza Shukri, Profesor Madya Sains Politik International Islamic University Malaysia.

Professor Dr. Jimly mengingatkan para hadirin berkenaan kehebatan negara Asia yang ada pelbagai penggunaan bahasa, agama dan bangsa yang mana identiti masih kekal sehingga ke hari ini. Faktor ini perlu dimanfaatkan bersama agama perubahan dunia masa depan tidak akan menenggelamkan kerjasama ASEAN yang telah lama terbentuk.

Seterusnya Datuk Ahmad Azam membentangkan tajuk “Islam & Malaysia MADANI: Message & Civilizational Initiatives” memberi penekanan terhadap peranan 6 rukun MADANI sebagai alat dalam mempromosi pendekatan bertamadun yang menyatukan, bukan memecahkan, yang inklusif, bukan eksklusif. Beliau juga berucap berkenaan 3 tonggak utama Visi Asean 2025 yang dirangka ketika sidang ASEAN kali ke 27 di Kuala Lumpur pada tahun 2015 iaitu sudut ekonomi, kestabilan politik dan sosio budaya.

Panel terakhir, Professor Madya Dr. Adi memperkenalkan konsep dunia baru yang bertujuan mewujudkan sistem global berdasarkan keamanan, keadilan dan kerjasama. Sistem inilah yang akan memanfaatkan kebebasan, kesaksamaan dan kesatuan di kalangan pelbagai bangsa. Melalui konsep ini, masyarakat yang mampan, saksama dan makmur dapat diwujudkan.

Dari kiri, Mohamed Azam Mohamed Adi, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Ahmad Azam AB Rahman, Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Professor Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Dr Syaza Shukri, Profesor Madya Sains Politik International Islamic University Malaysia

Ke semua perkongsian bermanfaat ini boleh ditonton di video di bawah.

https://youtu.be/_zVoz7qIUR0
























































Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Simposium Fikrah Siddiq Fadzil 2026 Himpun 50 Tajuk Kajian di UNISEL: Kupas Gagasan ‘Siddiq Fadzil & Negara Madani’ Demi Masa Depan Ummah

BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]

Baca Lanjut
al-mizan

Bengkel Strategik Isu Perundangan Majlis Al-Mizan WADAH: Rangka Pelan Tindakan Bersepadu Tangani Cabaran Perundangan Semasa

BANGI, 6 Oktober 2026 – Memperkukuh literasi undang-undang, memelihara keluhuran perlembagaan, serta menyediakan respons berstruktur terhadap isu-isu keadilan sosial menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Strategik Isu Perundangan di Malaysia anjuran Majlis Al-Mizan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program intensif setengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif […]

Baca Lanjut
presiden wadah uniw

Presiden WADAH Gesa NGO Dunia Islam Melangkaui Deklarasi, Umum Penubuhan Pusat Inisiatif Strategik

PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]

Baca Lanjut
wadah uniw

WADAH Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan NGO Dunia Islam (UNIW) di Putrajaya

PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2075
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
857989
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini