MALAYSIA MADANI SEBAGAI CONTOH ASEAN

Kongsikan artikel ini :

Hubungan Malaysia-Afghanistan: Satu Kejayaan Malaysia Madani dan Contoh Buat ASEAN

KOTA KINABALU – Penasihat Khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyifatkan hubungan baik negara dan Afghanistan adalah suatu kejayaan yang mampu menjadikan Malaysia Madani sebagai contoh kepada negara dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).

Katanya, hasrat negara berkenaan yang mahu belajar daripada Malaysia merupakan suatu pengiktirafan dan mampu membuka mata kepada negara-negara lain.

“Jika Afghanistan boleh melihat Malaysia sebagai model, ini merupakan satu kejayaan. 

“Sedangkan Afghanistan itu digambarkan serba jelik, zalim, ganas dan sebagainya, itu naratif media Barat dan kita selalu lupa Afghanistan ini ialah pejuang kemerdekaan.

“Jadi bila datang ke Malaysia untuk belajar, ini pengiktirafan buat Malaysia, jangan anggap kita mahu ikut Taliban. Kita patut berbangga, dan memperbanyakkan hubungan kerana ini mampu membuka mata negara lain untuk belajar daripada pengalaman kita,” katanya.

Beliau demikian ketika ditemui media di Program Seminar Fiqh Kenegaraan Malaysia Madani, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Menurut beliau, Malaysia mampu menjadi contoh di peringkat dunia dengan mengamalkan konsep Malaysia Madani.

“Jadi dalam suasana yang berlaku di masa ini, suasana identiti ras, suasana nasionalisme yang sedang dibawa oleh negara barat, kebencian kepada orang asing, tiba-tiba Malaysia mengambil pendekatan inklusif, iaitu kasih sayang, orang akan tertarik kepada Malaysia.

“Mereka berminat untuk bersama-sama dengan Malaysia. Jadi ini merupakan suatu kesempatan yang terbaik, menjayakan Malaysia Madani  bermakna menjayakan Malaysia sebagai model di ASEAN, model di mata dunia,” katanya lagi.

Sementara itu beliau juga menjelaskan naratif kebencian berdasarkan ras dan nilai agama itu harus dihentikan segera.

“Tidak boleh bagi ruang untuk kebencian ini, jika masih lagi mendominasi pemikiran masyarakat, lama lagi Malaysia Madani akan tercapai, jadi bergantung dengan menghentikan segala naratif yang bagi saya bersifat membarah.

“Akhir-akhir ini isu ras dan agama sering dijadikan isu politik, ini berbahaya. Ini anti Malaysia Madani dan harus disekat daripada berkembang, serta tidak boleh dijadikan bahan politik,” katanya.

Olah daripada Penulis asal, Haamni The Malaysia Press

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3573
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
936057
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini