WADAH MENGECAM KENYATAAN YANG MENGHINA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW
May 12th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
WADAH MENGECAM KENYATAAN YANG MENGHINA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW KENYATAAN AKHBAR 12 MEI 2026
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan tegas mengecam kenyataan seorang Ahli Parlimen YB Datuk Dr Zawawi Nik Nik Salleh dalam ceramahnya baru-baru seolah-olah menghina, merendah-rendahkan atau mempersendakan wibawa para Sahabat Nabi Muhammad SAW.
Bagi Wadah, para Sahabat RA adalah generasi terbaik umat Islam yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia. Kedudukan mereka telah dimuliakan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW, antaranya firman Allah SWT:
Maksudnya “Muhammad itu adalah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath: 29)
Begitu juga melalui Sabda Nabi SAW pula:
Maksudnya “Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para Sahabat), kemudian yang mengikuti mereka (Tabi’in), kemudian yang mengikuti mereka (Tabi’ Tabi’in).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sehubungan itu, sebarang usaha untuk mencemarkan nama para Sahabat bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan atas kewibawaan sahabat Nabi SAW yang telah berjasa dengan agama Islam.
Apalah maksud dan tujuan menimbulkan dan membangkitkan sejarah lama para sahabat Nabi sebelum Islam walaupun faktanya juga masih diragui. Bukankah Allah Taala lebih mengetahui akan suasana dan keadaan mereka sehinggakan mereka berjaya bersama-sama Rasulullah SAW membangunkan Islam sehingga dinikmati hingga hari ini.
Justeru, WADAH menyeru agar semua pihak harus berhati-hati menyatakan pandangan, khususnya umat Islam di Malaysia, agar:
Menghormati kedudukan para Sahabat Nabi SAW sebagai tokoh agung Islam.
Mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kenyataan tidak berasas terhadap sejarah Islam.
Merujuk kepada autoriti ilmiah dan ulama muktabar dalam memahami isu-isu berkaitan sejarah Islam.
Memelihara perpaduan umat dan mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan.
WADAH juga menggesa pihak berkuasa serta institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam yang mulia ini.
Akhirnya, WADAH menyeru agar umat Islam kembali kepada nilai ilmu, hikmah dan akhlak mulia dalam menyampaikan pandangan, selaras dengan tuntutan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.
“Dan janganlah kamu mencaci orang-orang yang mereka sembah selain Allah, nanti mereka akan mencaci Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Surah al-An’am: 108)
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]