Usrah Gabungan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan: Presiden WADAH Kupas Peranan Usrah Sebagai Nadi Kekuatan Ummah
May 8th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Program Usrah Gabungan anjuran WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan peringkat negeri telah berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian bertempat di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB), malam tadi.
Program yang bermula pada jam 7.30 malam itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta secara fizikal, selain turut dipancarkan secara langsung melalui platform media sosial bagi capaian audiens yang lebih meluas. Kehadiran para peserta yang terdiri daripada saf pimpinan, aktivis, dan mahasiswa ini membuktikan kelestarian budaya ilmu dan ukhuwwah masih segar dalam kalangan masyarakat kota.
Sinergi Ilmu dan Ukhuwwah di Jantung Kota Penceramah utama program, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan Presiden WADAH merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), memberikan perkongsian mendalam mengenai peranan usrah sebagai nadi kekuatan ummah. Beliau menekankan bahawa usrah bukan sekadar pertemuan rutin, tetapi merupakan wadah untuk menyuburkan hikmah dan kefahaman Islam yang syumul di tengah-tengah cabaran globalisasi.
Dalam bicaranya, beliau mengajak para hadirin untuk terus konsisten dalam proses pencerdasan umat. Beliau menyifatkan usrah sebagai “madrasah” bagi melahirkan insan yang cerdas pemikirannya dan kukuh syahsiahnya. Menurut beliau, penghayatan Islam yang benar perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik serta penglibatan aktif dalam menangani isu-isu kemasyarakatan, khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.
OOBB Sebagai Pusat Dakwah Kontemporari Pemilihan lokasi di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) dilihat sangat strategik dan bertepatan dengan fungsi pusat tersebut sebagai hab dakwah dan santuni komuniti. Suasana diskusi yang santai namun berfokus membolehkan interaksi antara pimpinan pusat dengan ahli gabungan WADAH, ABIM, dan PKPIM berjalan dengan lebih efektif.
Program ini diakhiri dengan sesi ramah mesra yang mengukuhkan lagi ukhuwwah gabungan. WADAH berharap agar momentum program seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan mesej dakwah yang dibawa sentiasa relevan, menjadi faktor penyatu, serta mampu menyentuh hati setiap lapisan masyarakat selaras dengan prinsip Rahmatan lil ‘Alamin.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]