Konvokesyen Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) ke-25 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Bangi Convention Centre, Bangi. Majlis ini menyaksikan seramai 100 graduan berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Diploma, melibatkan pelbagai bidang pengajian. Anugerah tertinggi, Pelajar Citra Cendekia Al-Hikmah, telah diberikan kepada Mohamad Zharfan Shah Bin Hadini dari Sarawak, yang merupakan pelajar cemerlang dalam bidang Pengajian Syariah.
Anugerah ini diberikan kepada seorang graduan terbaik keseluruhan program diploma dan keseluruhan jabatan yang cemerlang dalam akademik sekurang-kurangnya mencapai PNGK 3.50, cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum (persatuan/khidmat masyarkat) dan memiliki kemahiran insaniah al-Hikmah yang mendapat pengiktirafan komuniti dan industri dalam membina nilai positif, kepimpinan dan kerja berpasukan, sosial dan kebertanggungjawaban dalam komuniti dan kesukarelawan, komunikasi dan pembelajaran berterusan atau sepanjang hayat.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang turut menyampaikan ucapan bermakna kepada para graduan. Beliau menyeru graduan agar sentiasa mempunyai minda yang terbuka dalam menghadapi masa depan. Graduan diingatkan untuk tidak terikat dengan cabaran semasa semata-mata, sebaliknya terus melangkah dengan keyakinan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian di Kolej tersebut.
Presiden Kolej Darul Hikmah, Prof. Dr. Dato’ Muhd Nur Manuty, telah menyampaikan sijil diploma kepada para graduan dari pelbagai bidang seperti Diploma Pengajian Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, dan Diploma Kaunseling. Dalam ucapannya, beliau memuji komitmen pelajar dan kakitangan kolej dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berketrampilan. Beliau turut menegaskan kepentingan nilai integriti, kemahiran insaniah, dan semangat juang sebagai asas kejayaan.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan kepimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), termasuk Encik Azizuddin, Setiausaha Agung; Encik Khairul Arifin, Penolong Setiausaha Agung; dan Encik Halimi, Setiausaha Kewangan. Sokongan yang diberikan oleh pihak WADAH menunjukkan komitmen mereka terhadap pembangunan pendidikan di negara ini.
Konvokesyen kali ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan akademik para pelajar, tetapi juga mengukuhkan misi Kolej Dar al-Hikmah sebagai institusi pendidikan Islam yang progresif dalam melahirkan graduan berilmu, berakhlak, dan bersedia menghadapi cabaran global.
WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah […]
WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]
Presiden WADAH: Mansuh atau Kawal Veto, Dunia Tidak Lagi Percaya kepada PBB Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menggesa pemansuhan atau reformasi menyeluruh terhadap kuasa veto yang dimiliki lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gesaan tersebut disuarakan beliau dalam rancangan Glob […]
Presiden WADAH: Dunia Perlu Bangkit Kawal Kuasa Veto, PBB Jangan Jadi Alat Kuasa Besar Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa kuasa veto yang dimiliki negara-negara besar di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus digunakan dengan bertanggungjawab dan tidak dijadikan alat […]