PROF. DR. MUHAMMAD NUR MANUTY TERIMA PENGHARGAAN BERPRESTIJ DI SINGAPURA
Alhamdulillah, pada 18 Januari 2025 (Sabtu), Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, telah dianugerahkan “Diamond Award” sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yang dianjurkan oleh Muslim Convert Association of Singapore (MCAS). Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, pemikiran Islam, serta usaha dakwah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Majlis ini merupakan acara berprestij yang menghimpunkan pencapaian cemerlang pendidik, pelajar, serta pemikir terkemuka sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka kepada institusi ini. Dalam ucapan penghargaan beliau, Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada MCAS atas penghormatan ini. Beliau menekankan kepentingan ilmu, kebijaksanaan, serta nilai-nilai Islam yang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat yang progresif dan inklusif.
Tahun 2025 ini turut menandakan ulang tahun ke-45 MCAS, simbol perjalanan gemilang organisasi ini dalam menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan mualaf di Singapura. MCAS terus memainkan peranan penting dalam membimbing dan membangunkan potensi umat Islam di negara tersebut melalui pelbagai program pendidikan dan kebajikan.
Untuk makluman, Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan seorang tokoh akademik dan pemikir Islam yang disegani di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti ternama dan turut aktif dalam gerakan Islam di Malaysia. Selain menjawat jawatan sebagai ketua Majlis Istisyari WADAH, beliau juga merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), ditubuhkan untuk Memelihara, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat melalui penganjuran program, penyiaran dan penerbitan. Pada 15 Julai 2024, beliau turut dilantik sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS), mengukuhkan lagi peranan beliau dalam arena keilmuan dan pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.
Anugerah ini bukan sahaja satu pengiktirafan kepada sumbangan Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty, tetapi juga mengangkat nama Malaysia dalam usaha memartabatkan kefahaman Islam di peringkat global. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi akan datang dalam meneruskan usaha membangun masyarakat yang berilmu dan berakhlak tinggi.
WADAH, UKM dan PPRS Anjur Sesi Diskusi Meja Bulat untuk Tangani Isu Perumahan Rakyat Sejahtera Bangi, 6 Februari 2025 – Wadah Pencerdesan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan sesi Roundtable Discussion (RTD) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Sains Sosial dan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bagi membincangkan permasalahan masyarakat dalam perumahan […]
Mesyuarat HIKAM Bincang Pembangunan Semula Gaza Membawa Projek Pendidikan dan Sara Hidup (Livelihood) Kajang, 31 Januari 2025 – Satu mesyuarat anjuran gabungan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) telah diadakan bagi membincangkan usaha pembangunan semula Gaza. Mesyuarat berlangsung dari jam 10.15 hingga 11.30 pagi di Pejabat IKRAM dengan kehadiran wakil daripada Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), […]
Kunjung Ziarah Keluarga Allahyarham Abdul Khalid Bin Abdullah di Langkawi Langkawi, 24 Januari 2025 – Sebelum bermulanya persidangan Majlis Setiausaha Wadah (MASUWA) 2025, wakil Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga Allahyarham Abdul Khalid Bin Abdullah di Langkawi sebagai tanda penghormatan dan ingatan terhadap jasa serta sumbangan beliau kepada jemaah dan […]
WADAH menerima Kunjungan Hormat YADIM Sebagai Langkah Perkasa Daie Muda BANGI, 27 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), melalui Bahagian Pembangunan Du’at di Anjung Rahmat, Sungai Merab Luar, Bangi. Lawatan ini bertujuan memperkukuh rangkaian dan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam […]