Kunjungan Hormat WADAH dan ALBAB kepada Pengerusi MARA, Fokuskan Kerjasama Strategik untuk Malaysia MADANI
Kuala Lumpur, 9 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pertubuhan Alumni Lepasan Blok Asia Barat (ALBAB) telah mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga merangkap Setiausaha Agung UMNO. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan keperluan kerjasama strategik antara NGO dan pihak Kerajaan bagi memperkukuhkan agenda pembinaan fikrah dan literasi melalui program Malaysia MADANI.
Pimpinan WADAH yang hadir dalam pertemuan ini ialah Setiausaha Agung WADAH, Encik Azizuddin Ahmad dan Penolong Setiausaha Agung WADAH, Encik Khairul Arifin Mohd Munir. Dalam perbincangan tersebut, perhatian diberikan kepada usaha membimbing pelajar-pelajar Malaysia di Timur Tengah, khususnya di Universiti Al-Azhar. Para mahasiswa dan mahasiswi ini dilihat sebagai aset penting dalam membentuk masyarakat menerusi kecemerlangan akademik dan dakwah. Kerjasama strategik dan bimbingan berterusan yang efektif dirancang bagi memastikan mereka memainkan peranan sebagai pembawa aliran sederhana yang penuh hikmah, selari dengan nilai Malaysia MADANI.
Pengerusi MARA menyatakan komitmennya dalam menyokong usaha tersebut, sambil menegaskan pentingnya pembentukan generasi muda yang mampu menjadi pemimpin dakwah dan intelektual Islam yang progresif. Peranan pelajar dalam membanteras fahaman ghuluww (melampau) adalah sangat penting kerana mereka merupakan golongan yang mempunyai kesedaran, akses kepada ilmu, dan kemampuan untuk membawa perubahan dalam masyarakat
“Kita perlu memastikan mahasiswa dan mahasiswi kita dilengkapi dengan kemahiran akademik serta nilai dakwah yang berkesan untuk menangani cabaran seperti budaya ghuluw dan jumud (kekolotan). Mereka adalah harapan kita untuk memperkukuh misi dakwah yang sederhana dan relevan dalam konteks Malaysia,” katanya.
Kerjasama antara WADAH, ABIM, dan ALBAB dengan kerajaan diharapkan dapat merintis pelbagai program pembangunan pelajar di Timur Tengah, sekaligus memperkasa misi memperkukuhkan masyarakat yang inklusif dan progresif.
Dengan sokongan dan sinergi strategik antara NGO dan kerajaan, inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda Malaysia MADANI, membawa pelajar-pelajar Timur Tengah lebih dekat dengan pembangunan nasional dan kesejahteraan masyarakat.
Kunjungan Hormat WADAH ke pejabat Chularatchamontri, Ketua Agama Islam Thailand Bangkok, 13 Mei 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, yang juga merupakan Pesuruhjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-IPHRC), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Chularatchamontri Thailand, Encik Arun Boonchom, di Pejabat Chularatchamontri, Bangkok. Untuk […]
Hak Kembali Rakyat Palestin: Syarahan Khas Presiden WADAH Tegaskan Keadilan Sejagat Berlangsung di Thailand Bangkok, 12 Mei 2025 – “Kebebasan rakyat Palestin bukan hanya isu wilayah – ia adalah ujian moral zaman kita,” tegas Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dalam syarahan khas bertajuk “Hak Sah Rakyat Palestin untuk Kembali […]
Pemergian Murabbi, Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Bin Ghazali Kajang, Selangor, 6 Mei 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin bin Musa @ Ghazali, Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. […]
Temu Bual Presiden WADAH di Slot Garis Krisis The Merdeka Times: Diplomasi dan Kemanusiaan, Malaysia Tidak Selamanya Aman Studio Merdeka, 3 Mei 2025 – “Apakah jaminan Malaysia ini akan makmur sebagaimana kita nikmati pada waktu ini?,” ujar Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Penasihat Khas Menteri Luar Negeri bagi Isu Kemanusiaan dan Pembangunan Semula dalam episod […]