KERAJAAN PERPADUAN KUKUHKAN PEMBINAAN MALAYSIA YANG LEBIH BAIK

Kongsikan artikel ini :
  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) amat mengalu-alukan dan mendokong sepenuhnya ikhtiar dan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menganjurkan parti-parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan iaitu pentadbiran inklusif melibatkan perwakilan dan kepentingan semua kaum dan agama yang majmuk di negara ini. WADAH berharap ketua-ketua parti politik menjunjung aspirasi YDPA yang sungguh mulia tersebut demi memastikan Malaysia dapat bergerak ke hadapan dengan lebih baik dan maju.
  2. WADAH juga menganjurkan seluruh perkumpulan politik di negara ini menghormati mandat rakyat yang diterjemahkan pada PRU ke-15 yang lalu. Keluhuran amalan demokrasi hendaklah dijayakan dengan matang, berlapang dada dan terbuka. Parti politik yang mendapat kedudukan pertama pada pilihan raya yang lalu hendaklah diberi keutamaan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan seterusnya membina satu permuafakatan politik yang kukuh bagi menjayakan agenda pembangunan negara.
  3. WADAH berpandangan, pengalaman politik negara pada penggal lalu yang memperlihatkan sebahagian ahli dan perkumpulan politik mempermain-mainkan mandat rakyat sehingga menjadikan politik negara dalam keadaan tidak stabil mesti dijauhi dan dihindarkan. Sesebuah kerajaan yang terbina tanpa bersandarkan mandat rakyat boleh membawa negara ke kancah perpecahan seterusnya melemahkan pembangunan ekonomi serta kebajikan rakyat.
  4. WADAH juga ingin menasihatkan seluruh rakyat agar tidak terjebak dalam kegiatan menularkan sentimen yang mengapi-apikan kebencian antara kaum dan agama pasca-PRU ke 15. Seluruh rakyat diseru kembali bersatu padu dan mengamalkan budaya hidup rukun damai sebagai warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada perlembagaan negara.

Sekian.

DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

PRESIDEN SAMPAIKAN PIDATO KENEGARAAN MADANI

Presiden WADAH Sampaikan Pidato Kenegaraan MADANI: Seru Kepimpinan SMKA Hadapi Cabaran Geopolitik dan Bangunkan Generasi Ummatik Genting Highlands, 17 April 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman telah menyampaikan Pidato Khas Kenegaraan MADANI kepada lebih 100 orang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan warga KPM sempena Kursus Peningkatan […]

Baca Lanjut

KUNJUNGAN STRATEGIK WADAH DAN KUWAIT

Presiden WADAH Adakan Kunjungan Strategik Bertemu NGO di Kuwait, Bincang Isu Umat dan Kerjasama Global Kuwait City, 7 April 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, telah mengadakan kunjungan strategik ke Kuwait selama dua hari bermula 6 hingga 7 April 2025, dalam usaha memperkukuh hubungan antarabangsa dan membina kerjasama […]

Baca Lanjut

KUPASAN TIMBALAN PRESIDEN WADAH, RUMAH TERBUKA

Rumah Terbuka Menurut Islam: Platform Ziarah, Silaturahim dan Dakwah Budaya Kuala Lumpur, 10 April 2025 – Rumah terbuka bukan hanya adat tahunan yang sinonim dengan musim perayaan, malah ia berpotensi menjadi ruang untuk menghidupkan sunnah ziarah, mengeratkan silaturahim serta menyemai perpaduan merentas kaum dan agama. Demikian antara kupasan penting yang dikongsikan oleh Timbalan Presiden Wadah […]

Baca Lanjut

SERANGAN SIBER: SUDUT PANDANG PAKAR

Serangan Siber MAHB: Sudut Pandang Pakar UPM dan Pimpinan WADAH Berkenaan Risiko Terhadap Keselamatan Negara KUALA LUMPUR, 27 Mac – Serangan siber terhadap sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru-baru ini menimbulkan kebimbangan besar terhadap keselamatan infrastruktur kritikal negara, kata Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir dari Fakulti Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
420120
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,046
Klik Sini
Enable Notifications OK No thanks