Deklarasi New York Tidak Adil: HIKAM Desak Malaysia Tegas Pertahan Palestin
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menggesa kerajaan Malaysia menolak Deklarasi New York mengenai Penyelesaian Aman Persoalan Palestin yang tidak adil dan berat sebelah ini.
Deklarasi yang dikeluarkan pada 30 Julai 2025 dan disokong oleh Perancis, Arab Saudi, Liga Arab, Kesatuan Eropah serta 17 negara lain mengandungi beberapa kelemahan serius.
Pertama, deklarasi ini secara selektif mengutuk Hamas tanpa mengiktiraf hak rakyat Palestin menentang penjajahan menurut undang-undang antarabangsa, sambil mengabaikan 76 tahun pendudukan haram Israel.
Kedua, ia gagal mengklasifikasikan tindakan Israel sebagai pembunuhan beramai-ramai (genosid) walaupun lebih 60,785 rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa.
Ketiga, penyelesaian dua negara yang dicadangkan hanyalah ilusi memandangkan Israel terus meluaskan penempatan haram di Tebing Barat.
Keempat, pengiktirafan terhadap Pihak Berkuasa Palestin yang korup dan autoritarian adalah tidak realistik memandangkan rekod buruk mereka dalam melindungi rakyat Palestin.
Berdasarkan analisis ini, HIKAM menyarankan agar kerajaan Malaysia:
1. Menolak sebarang bentuk pengiktirafan terhadap deklarasi tidak adil ini.
2. Mendesak gencatan senjata kekal serta laluan tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan.
3. Menyokong proses keadilan di ICC dan ICJ terhadap jenayah perang Israel.
4. Menggalakkan kempen BDS (boikot, pelupusan dan sekatan) terhadap entiti yang menyokong Israel.
5. Meneruskan usaha pendidikan dan diplomasi mengenai isu Palestin di peringkat negara dan global.
Malaysia mesti berdiri teguh dengan prinsip keadilan dan tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa untuk menyokong resolusi yang tidak seimbang.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]