KEBANGKITAN NASIONAL DENGAN BELANJAWAN 2026

Kongsikan artikel ini :

WADAH: BELANJAWAN 2026 MALAYSIA MADANI MENANDAKAN KEBANGKITAN DAN PEMBAHARUAN NASIONAL BERTERASKAN KEADILAN SOSIAL DAN NILAI INSANI

Kenyataan Media 11 Oktober 2025

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyambut baik dan menyokong penuh pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI (Rang Undang-Undang Perbekalan 2026) oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

1. Belanjawan kebangkitan nasional yang berpaksikan maslahah rakyat

WADAH menegaskan bahawa Belanjawan MADANI Keempat ini adalah saksi bahawa negara sedang memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.
Ia bukan sekadar dokumen fiskal tahunan, tetapi manifestasi keazaman kerajaan untuk membina semula Malaysia berdasarkan prinsip maslahah rakyat, keadilan sosial dan amanah tadbir urus. Langkah-langkah berani seperti penyasaran subsidi, pengukuhan perkhidmatan awam, dan reformasi fiskal melalui Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) adalah tindakan proaktif dan berpandangan jauh, membawa negara kembali ke landasan ekonomi yang mampan dan berprinsip, tanpa mengabaikan keperluan rakyat terbanyak.

2. Komitmen memperkukuh tatakelola dan integriti nasional

WADAH memuji komitmen kerajaan untuk memperkukuh tatakelola, integriti dan kecekapan birokrasi melalui pendekatan digitalisasi sistem seperti e-Invois, MyDigital ID dan RUU Perolehan Kerajaan. Langkah-langkah ini akan mempercepat penyampaian, menutup ruang ketirisan, dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap kejujuran kerajaan.
WADAH turut menyambut baik usaha memperkasa agensi penguatkuasaan seperti SPRM, PDRM dan JKDM dengan peruntukan tambahan bagi menegakkan urustadbir bersih dan bebas rasuah. Ini menggambarkan bahawa reformasi moral dan institusi kini menjadi tunjang pembinaan semula negara.

3. Keutamaan kepada rakyat dan golongan rentan

Belanjawan ini juga menunjukkan keutamaan sebenar kepada rakyat — terutama melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM15 bilion kepada lebih 9 juta penerima. Langkah penyasaran subsidi yang lebih tepat akan memastikan setiap sen wang rakyat dimanfaatkan untuk mereka yang benar-benar memerlukan.
Pendekatan ini adalah penterjemahan prinsip keadilan Islam dan ihsan sosial, bukan hanya memberi bantuan sementara, tetapi memberdaya rakyat agar berupaya berdikari dan meningkatkan maruah diri.

4. Memperkasa pendidikan, agama dan nilai insani

WADAH menyambut baik penekanan terhadap pendidikan dan pembangunan rohani, termasuk peruntukan RM66.2 bilion untuk pendidikan dan RM2.6 bilion bagi memperkukuh syiar Islam. Langkah menaik taraf tahfiz, pondok, madrasah dan sekolah agama rakyat membuktikan bahawa kerajaan mengiktiraf pentingnya pembangunan insan berasaskan ilmu dan akhlak sebagai asas kemajuan negara.

5. Peranan masyarakat madani dan NGO

WADAH menghargai pengiktirafan terhadap pertubuhan masyarakat sivil/madani dan NGO Islam sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan dasar sosial, khususnya melalui Program Ikhtiar MADANI untuk Rakyat. Kerjasama antara kerajaan dan masyarakat sivil/madani akan memastikan belanjawan ini benar-benar sampai ke akar umbi dan membuahkan impak sosial yang nyata.

6. Peneguhan budaya damai dan perpaduan

WADAH turut menyokong seruan Perdana Menteri agar nilai perpaduan, hormat dan budaya damai terus disemai dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Pendekatan Fiqh Ta’ayush — hidup damai dalam kepelbagaian — perlu diterjemah dalam dasar pendidikan, media dan pembangunan komuniti, agar Malaysia kekal sebagai negara beradab, aman dan bersatu dalam kepelbagaian.

Penutup

WADAH yakin bahawa Belanjawan MADANI Keempat Tahun 2026 hanya akan memberi makna sebenar dan dapat direalisasikan untuk rakyat jika wujud komitmen bersama daripada semua pihak — merentas parti politik, agensi kerajaan, pertubuhan NGO, sektor swasta serta pelbagai kaum dan agama — untuk bersatu padu menjayakannya demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Tiada dasar yang akan berjaya tanpa penghayatan bersama terhadap semangat kebersamaan dan tanggungjawab kolektif. Justeru, WADAH menyeru seluruh rakyat agar menzahirkan kesatuan hati dan tekad nasional bagi memastikan setiap agenda MADANI diterjemah dalam tindakan, bukan hanya slogan. Inilah waktu untuk kita bangkit sebagai satu bangsa Malaysia yang berjiwa ihsan, berilmu dan berintegriti, demi Malaysia yang lebih makmur, beradab dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
738
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415057
Klik Sini