ISU KENYATAAN MENGUTAMAKAN KEMENANGAN POLITIK SEMASA PILIHANRAYA KETIMBANG MENUNAIKAN IBADAT HAJI/UMRAH
Kenyataan Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang tentang keputusan politik mengatasi ibadat haji/umrah berdasarkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah adalah pandangan yang berlawanan dengan nas dan pandangan jumhur ulama yang muktabar. Asas ibadat haji/umrah adalah berasaskan nas yang jelas kewajipan menunaikannya jika seseorang itu mempunyai keupayaan dari sudut kewangan, kesihatan dan keselamatan perjalanan. Ia satu daripada rukun Islam yang lima dan merupakan fardhu ain kepada orang yang dapat memenuhi syaratnya. Manakala urusan politik negara dari sudut hukumnya adalah termasuk dalam hukum fardhu kifayah di mana hukum itu gugur daripada seseorang dengan adanya pihak lain yang dapat melaksanakan urusan tersebut.
2. Menyekat kewajipan fardhu ain yang wajib ke atas seseorang yang cukup syarat untuk melaksanakan ibadat haji demi untuk memenuhi keperluan fardhu kifayah adalah pandangan yang bercanggah dengan nas dan kewajipan fardhu kifayah lebih rendah daripada kewajipan fardhu ain dan ia boleh disempurnakan oleh pihak lain dalam masyarakat. Dalam kes mengundi dalam pilihanraya, ramai lagi masyarakat Islam yang melaksanakan tanggungjawab membuang undi dalam pilihanraya.
Hujah Perjanjian Hudaibiyyah
3. Mengasaskan pandangan haji dan umrah diharuskan ditangguhkan untuk mengundi dalam pilihanraya berdasarkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah di mana Nabi SAW menangguhkan pemergiannya menunaikan haji dan umrah atas faktor keselamatan yang dihadapi ancaman dari pihak musuh kaum Quraish dan kesempatan peluang untuk mengatasi keselamatan itu terdapat dalam perjanjian yang dipersetujui di mana penangguhan ke tahun berikutnya dibenarkan Nabi SAW dan rombongannya memasuki Makkah dan membukanya. Penangguhan Nabi SAW melaksanakan haji dan umrah kerana faktor keselamatan yang merupakan satu daripada syarat dalam kewajipan ibadat haji, bukannya faktor politik. Dengan penangguhan itu keselamatan Rasulullah SAW dan pengikutnya dijamin untuk datang masa kemudian dalam keadaan selamat dan Makkah berjaya dibuka serta dikuasai oleh Rasulullah SAW dan para pengikutnya.
4. Keputusan mengutamakan kemenangan politik yang disebut oleh Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang mengatasi ibadat haji dengan penangguhan haji itu membawa kemenangan kepada Islam tidak bertepatan dengan sejarah yang berlaku kerana perjanjian Hudaibiyyah berlaku pada tahun ke-6 Hijrah dan pembukaan Makkah berlaku pada tahun ke-8 Hijrah. Tidak ada kaitan pun antara perjanjian penangguhan haji dan umrah yang Rasulullah SAW lakukan pada tahun ke-6 Hijrah dalam perjanjian Hudaibiyyah dengan kaum Musyrik Makkah. Beliau cuba mengelirukan fakta sejarah kerana terlalu ghairah dengan sentimen politik kepartian Islamnya yang melampau.
Parti Politik Adalah Wasilah
5. Meletakkan kedudukan partinya dan calonnya sahaja sebagai yang betul dan tepat dengan Islam yang wajib dipilih. Ini juga pendapat yang tidak tepat kerana parti politik adalah sebagai wasilah untuk sampai kepada kuasa memerintah dalam sistem demokrasi yang ditinggalkan oleh British. Semua parti mempunyai keabsahannya yang diluluskan oleh undang-undang sekular mengikut syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang termasuk parti PAS, bukannya disahkan oleh Allah SWT sebagaimana gambaran Hizbullah yang Allah sebut dan iktiraf dalam al-Qur’an kerana kualiti orang yang terlibat menerajui pemerintahan negara mempunyai kualiti peribadi yang tinggi, ilmu yang lengkap meliputi ilmu Islam dan ilmu semasa yang melayakkan mereka berijtihad dalam urusan negara seperti Nabi Muhammad SAW sendiri dan sahabat-sahabat utamanya yang memerintah negara Madinah dari kalangan Khulafa’ Ar-Rashidun.
Kesimpulan
6. Kesimpulannya, pandangan Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang meletakkan politik mengatasi ibadat haji/umrah bercanggah dengan nas, pandangan majoriti ulama yang meletakkan urusan siyasah syar’iyyah lebih rendah daripada kewajipan ibadat haji dan umrah kerana ibadat haji adalah fardhu ain dan urusan negara adalah fardhu kifayah dan menjadikan perjanjian Hudaibiyyah sebagai asas hukum pilihanraya mengatasi hukum ibadat haji dan umrah adalah mengelirukan dan terkeluar daripada kaedah ijtihad yang diamalkan ulama muktabar serta pemahaman fakta sejarah yang tidak tepat tentang perjanjian damai Hudaibiyyah apabila dikaitkan kemenangan pembukaan Makkah kerana tahun berlakunya dua peristiwa ini dalam tahun yang berlainan.
Sekian,
Dr. Ustaz Abdul Halim El-Muhammady Pengerusi Pertubuhan Majlis Murabbi Madani
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah SWT yang mempertemukan kita dalam medan ilmu dan perjuangan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmah dan cahaya sepanjang zaman. Yang dihormati Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH; para pimpinan ABIM, PKPIM, SALWA, HELWA; para tokoh sarjana, aktivis masyarakat sivil, serta […]
BANGI, 11 Disember 2025 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Majlis Mengenang Jasa dan Sumbangan Almarhum Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM yang kelima, dalam satu majlis penuh penghormatan yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pagi ini. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu disertai pelbagai tokoh akademik, […]
WACANA KETOKOHAN DAKWAH: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN ALMARHUM PROF. MADYA DR. MOHD RUMAIZUDDIN GHAZALI Nilai, 8 Disember 2025 – Program ilmiah “Wacana Ketokohan Dakwah: Pemikiran dan Sumbangan Almarhum Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali” telah diadakan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini bagi mengenang ketokohan, pemikiran dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang dakwah […]
Forum Madani Menampilkan Tokoh Serantau Membincangkan Kepelbagaian sebagai kekuatan, Dialog Antara Agama Dan Fiqh Ta‘ayush Sebagai Asas Membina Keamanan Serta Budaya Damai Di Rantau Ini Seberang Perai, 29 November 2025 – Forum Madani tegaskan kepelbagaian sebagai kekuatan, menonjolkan dialog serantau, fiqh ta‘ayush dan pendekatan inklusif untuk membina budaya damai dan keharmonian masyarakat. Lebih 600 orang […]