Islam Mekar di Asia Tenggara

Kongsikan artikel ini :

Islam Mekar di Asia Tenggara: Seruan Kesatuan dan Kemandirian dari WADAH

Putrajaya, 25 Jun 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menekankan peri pentingnya kerjasama dan sinergi antara pertubuhan Islam serantau demi membina kekuatan ummah yang mampan. Ucapan beliau disampaikan sempena Majlis Mahabbah MSEALP bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berlangsung di The Everly, Putrajaya.

Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad Azam mengajak semua pihak menyemarakkan sinergi sesama NGO Islam di Asia Tenggara untuk memperkukuh gerakan dakwah, menangani cabaran Islamofobia, dan memartabatkan nilai kemanusiaan sejagat. Beliau turut mengimbau sejarah kegemilangan Islam di rantau ini yang berakar dari warisan dakwah dan intelektual Islam yang subur sejak kurun ke-13.

Katanya, “Kita perlu merangka pendekatan dakwah baharu yang lebih strategik dan bersifat ‘rahmatan lil alamin’.” Beliau menegaskan kepentingan pelan tindakan bersama dan penyatuan naratif untuk menangani tekanan global yang semakin kompleks, termasuk cabaran budaya, politik, dan media.

Beliau turut mengumumkan rancangan MSEALP untuk memperluas jaringan dan kolaborasi melalui pelaksanaan Simposium Islam Asia Tenggara yang akan mempertemukan pemikir, aktivis dan ulama rantau ini secara berkala.

Kesatuan dan Peranan Malaysia Sebagai Hab Islam Sederhana

YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar dalam ucapannya menyentuh ayat Al-Quran Surah Al-Hujurat sebagai landasan kepada seruan kesatuan ummah: “Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku kaum supaya kamu saling mengenali…” Beliau menekankan pentingnya merapatkan saf umat Islam tanpa mengira sempadan geografi, etnik atau budaya.

“Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengangkat gagasan Malaysia Madani harus memainkan peranan utama sebagai hab Islam sederhana di rantau ini,” ujar beliau. Katanya lagi, kekuatan sebenar ummah bergantung kepada kesatuan, ilmu dan keberanian untuk menampilkan wajah Islam yang seimbang dan relevan dalam konteks global.

YB Menteri juga menegaskan bahawa kerajaan sentiasa bersedia menyokong usaha pertubuhan Islam serantau seperti MSEALP, terutamanya dalam memperkukuhkan naratif Islam rahmah dan menangani cabaran Islamofobia serta ekstremisme. Beliau mengajak NGO untuk menjadi penyampai mesej Islam yang menjinakkan, mendidik dan menyatukan umat manusia sejagat.

“Saya percaya platform ini bukan sahaja mampu menyatukan suara Islam di Asia Tenggara, malah mampu mempengaruhi wacana Islam dunia dengan pendekatan wasatiyyah dan berasaskan nilai kemanusiaan.”

Majlis Mahabbah dan Makan Malam

Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 hingga 10.00 malam itu dimulakan dengan ketibaan para tetamu kehormat, nyanyian lagu Negaraku, dan bacaan doa. Seusai ucapan-ucapan utama, hadirin menikmati jamuan makan malam sambil menyaksikan tayangan montaj bertajuk “Islam Mekar di Asia Tenggara.”

Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati berupa naskhah al-Quran kepada wakil NGO ASEAN, sumbangan Nasyrul Quran, serta sesi bergambar kenangan bersama YB Menteri.

Acara diakhiri dengan semangat kebersamaan dan iltizam memperkukuh jaringan dakwah serantau yang lebih berdaya saing.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
371
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386459
Klik Sini