Majlis Makan Malam Sambut Delegasi ASEAN-MADANI: Serlah Peranan Strategik NGO Islam Serantau
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 – Majlis makan malam sambutan sempena MADANI South East Asia Leadership Programme (MSEALP) 2025 telah berlangsung di Ballroom 2, Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) sebagai platform strategik mengumpulkan pemimpin NGO dan gerakan Islam dari seluruh rantau ASEAN.
Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam itu menyaksikan kehadiran para delegasi dan perwakilan masyarakat sivil Islam dari negara-negara ASEAN, sebagai kesinambungan kepada usaha membina jaringan serantau yang kukuh dan berwawasan.
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan ucapan utama. Dalam ucapannya, beliau menyifatkan inisiatif WADAH dan IKIM ini sebagai satu usaha yang amat strategik, yang membuka ruang kepada perbincangan mendalam dan pertukaran pandangan dalam merencana agenda umat Islam di peringkat serantau.
Mengulas lanjut, beliau memetik buku The ASEAN Miracle karya Kishore Mahbubani dan Jeffery Sng, yang menggambarkan keunikan dan keajaiban ASEAN – rantau dengan lebih 650 juta penduduk yang berbilang etnik, agama dan budaya, namun tetap menjadi antara kawasan yang paling aman di dunia meskipun dikelilingi ketidaktentuan geo-politik global.
“Tiba masanya ASEAN, khususnya gerakan masyarakat sivilnya, memainkan peranan lebih besar di peringkat global,” tegas beliau sambil menyatakan keyakinan bahawa kerjasama rentas negara menerusi MSEALP mampu menjadi pemangkin kepada sinergi baharu dalam membina kekuatan umat.
Majlis turut menyaksikan ucapan aluan daripada Pengarah MSEALP 2025, YBrs. Dr. Ahmad El-Muhammady yang membuka ruang penghayatan kepada visi program kepimpinan ini. Turut berlangsung adalah sesi penyampaian cenderamata, ramah mesra serta sesi bergambar bersama para tetamu kehormat dan peserta program.
WADAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya IKIM serta seluruh delegasi ASEAN yang hadir menjayakan majlis ini. Kehadiran mereka menandakan kesediaan bersama untuk terus memperkukuh suara masyarakat sivil Islam dalam menghadapi cabaran zaman dan membina masa depan rantau yang lebih sejahtera dan berprinsip.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]