HIKAM Anjur Syarahan Umum Dr Tareq al-Suwaidan

Kongsikan artikel ini :

21 Januari, BANGI – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) membawakan syarahan umum bersama tokoh terkemuka dunia Islam, Dr Tareq al-Suwaidan bertempat di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau merupakan salah seorang individu yang tersenarai daripada 500 orang Muslim paling berpengaruh pada tahun 2022. Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan dan pengaruh positif beliau terhadap komuniti Islam di serata dunia melalui penulisan dan penyiaran rancangan di pelbagai platform media sosial.

Sehingga kini, beliau telah menulis 125 naskah buku termasuk karya-karya terkenal seperti Li I’dad al-Qadah (Preparing Leaders) dan Qasas al-Anbiyaa’ (Stories of the Prophets) dan Prophet Muhammad (SAW): The Hallmark of Leadership.

Dalam perkongsian beliau, Nabi Muhammad SAW mempunyai pemahaman geopolitik yang sangat baik. Kecekapan baginda dibuktikan apabila berjaya merangka strategi-strategi yang berkesan sehingga Islam berkembang dari menjadi golongan minoriti yang tertindas hingga menjadi kuasa yang digeruni dan disanjungi.

“Sejarah dipelajari bukan untuk kita tinggal di situ, tetapi dipelajari, untuk diambil iktibar dan membuat jangkaan tentang masa depan,” saran beliau.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) ditubuhkan pada Ogos 2023 menggabungkan empat gerakan Islam di Malaysia iaitu WADAH, IKRAM, ABIM dan HALUAN bertujuan mendukung nilai-nilai wasatiyyah Islam, menolak ekstremisme dan berganding bahu memperjuangkan keharmonian serta kemajuan negara.

Dr. Tareq turut berkesempatan bertemu dengan Ketua Majlis Istisyari WADAH, Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dalam siri lawatan beliau kali ini di Malaysia.

 

Baca lanjut: https://ikram.org.my/geopolitik-iktibar-sejarah-harapan-cerah-untuk-ummah/

Kredit post dan gambar: ikram.org.my & FB Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty








Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Seminar Perkasa Tangani Ancaman Akidah

SALWA Malaysia Perkasa Usaha Tangani Ancaman Akidah Era Digital SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Dalam usaha membentengi umat Islam daripada ancaman kegelinciran akidah di era digital, Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menganjurkan Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam dalam Era Digital, bertempat di […]

Baca Lanjut

Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian

Presiden WADAH Seru Pendekatan Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian PUTRAJAYA, 17 Jun 2025 – “Kalau kamu menolong saudaramu, pertolongan Allah tidak akan putus-putus,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC-OIC), dalam pembentangannya sempena Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dari […]

Baca Lanjut

Takziah, Berehatlah Murabbi Umat

WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah […]

Baca Lanjut

Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025

WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
654038
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,930
Klik Sini