HGIM SERU TIDAK POLITIKKAN KES NIK ELIN, BERSAMA BERUSAHA ANGKAT MARTABAT SYARIAH

Kongsikan artikel ini :

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) mengikuti rapat perkembangan petisyen difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah. HGIM menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Bahkan, sebarang komentar mengenai kes ini diklasifikasikan sebagai sub judice kerana ia masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini telah menegaskan bahawa kerajaan akan sentiasa mempertahan serta menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia.  Di samping itu, jabatan tersebut sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri, termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri.  Jabatan itu juga telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah, yang telah diperakukan sebagai sebuah Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).  Oleh itu, HGIM berharap semua pihak perlu memahami dan menghormati peranan yang dimainkan oleh kerajaan Persekutuan dan MKI dalam memperkasa institusi mahkamah syariah.  Dalam masa sama pihak HGIM menyeru semua pihak tanpa mengira latar fahaman politik untuk terus memberi sokongan kepada YB Menteri Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dalam masa sama martabat Enakmen Syariah di negeri-negeri terus dipertahankan.  Kita sedia maklum bahawa Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah, bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran Rukun Islam di bawah peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.  Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan.  Sewajarnya pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam, terlibat sama ada sebagai pencelah, peguam pemerhati atau sahabat mahkamah pada prosiding kes tersebut.  Justeru, amatlah tidak wajar bagi sesetengah pihak untuk mempolitikkan isu ini, memperbesarkannya malah menyemarakkan sentimen agama demi mendapatkan pengaruh dan populariti.  Ini termasuk dengan menyebarkan dakyah yang boleh menjadi fitnah kepada masyarakat, sehingga ia boleh menjejaskan usaha memartabatkan perundangan serta kehakiman syariah yang sedang dijalankan pada ketika ini.  Pada masa sama, HGIM mengesyorkan libat urus menyeluruh di dalam usaha pemerkasaan dan pemartabatan Undang-Undang Syariah.  Himpunan Gerakan Islam Malaysia1. Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH)2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)


Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

Seminar Perkasa Tangani Ancaman Akidah

SALWA Malaysia Perkasa Usaha Tangani Ancaman Akidah Era Digital SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Dalam usaha membentengi umat Islam daripada ancaman kegelinciran akidah di era digital, Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menganjurkan Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam dalam Era Digital, bertempat di […]

Baca Lanjut

Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian

Presiden WADAH Seru Pendekatan Maqasid Syariah Tangani Isu Pelarian PUTRAJAYA, 17 Jun 2025 – “Kalau kamu menolong saudaramu, pertolongan Allah tidak akan putus-putus,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC-OIC), dalam pembentangannya sempena Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dari […]

Baca Lanjut

Takziah, Berehatlah Murabbi Umat

WADAH Merakamkan Takziah atas Pemergian Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty KUALA LUMPUR, 26 Jun 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa hiba dan dukacita merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW), yang telah […]

Baca Lanjut

Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025

WADAH Pacu Kepimpinan MADANI Serantau: MSEALP 2025 Tampil Gagasan Bersama Asean KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – “Kepelbagaian bukan satu beban, tetapi peluang dakwah yang besar,” demikian penegasan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam Program Kepimpinan Madani SEA (MSEALP) 2025 yang bersiaran secara eksklusif melalui TV AlHijrah, pagi […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
671774
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
738,663
Klik Sini