HGIM: BERSAMA MEMBANGUN PERADABAN UMMAH BERTERASKAN ISLAM WASATIY DAN JAUHI EKSTREMISME

Kongsikan artikel ini :

ISYTIHARKami, dari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), dengan tekad dan semangat, mengistiharkan penubuhan “Himpunan Gerakan Islam Malaysia” untuk menegakkan pemahaman Islam wasatiyah dan mencerdaskan umat dalam membina masyarakat madani (berperadaban dan bertamadun). SIAPA KAMIKami adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada gerakan-gerakan Islam utama di Malaysia dengan pengalaman lebih dari 50 tahun dalam berbagai bidang termasuk dakwah, tarbiyah, kebajikan, kemanusiaan, pendidikan, wanita, belia dan keusahawanan. Ini selari dengan kefahaman bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan. SUASANA MALAYSIAKami bersama nadi dan degup jantung rakyat Malaysia menzahirkan kecintaan kepada tanah air bertuah ini, yang kaya dengan pelbagai nikmat serta dianugerahkan suasana aman dan damai, meskipun dalam kepelbagaian agama dan kaum, zaman berzaman. Firman Allah SWT di dalam Surah Al Hujurat, ayat ke-13; Maksud : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki danِ perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). Kami akan teruskan usaha untuk memupuk perpaduan serta menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama sepertimana yang telah disuarakan menerusi titah DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Majlis Pelancaran Buku dan Wacana pada 5 Ogos 2023 baru-baru ini. APA ITU ISLAM WASATIYIslam Wasatiy merupakan pendekatan sederhana kepada pemahaman Islam berasaskan iman, ilmu dan taqwa. Namun, selari dengan nukilan almarhum Profesor Emeritus Tan SriDr. Mohd. Kamal bin Hassan, wasatiyah bukanlah bermaksud ala kadar (mediocrity). Ummatan Wasatan menekankan keseimbangan, keadilan, dan cemerlang, serta menolak segala bentuk pencurigaan, ekstremisme dan radikalisme yang merosakkan keharmonian masyarakat. IDEALISME DAN CITA-CITA BERSAMAKami menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk menghayati idealisme dan cita-cita perjuangan bersama, iaitu:1. Membangun peradaban Ummah berteraskan nilai Islam Wasatiy yang bercirikan prinsip keadilan dan kemajuan serta kemanusiaan sejagat.2. Membina warganegara yang bersatu padu berteraskan rukun negara dan perlembagaan demi menjamin keharmonian dan kerukunan hidup rakyat Malaysia yang majmuk dan madani.3. Mengembeleng seluruh potensi dan kekuatan umat Islam ke arah membangun peradaban ummah yang teguh dan kukuh dalam segenap aspek kehidupan. Bersama-sama, kita mengajak individu dan pertubuhan yang berkongsi nilai-nilai serupa serta semua lapisan masyarakat untuk mendokong Islam wasatiy, menolak ekstremisme dan berganding bahu memperjuangkan keharmonian serta kemajuan negara. Kami yakin bahawa hanya dengan wasatiy, kebersamaan dan keikhlasan, kita dapat mencapai Malaysia yang madani, cemerlang, sejahtera, dan berdaya saing. Himpunan Gerakan Islam Malaysia1.Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Permukiman Kepimpinan ngo madani

PERMUKIMAN KEPIMPINAN NGO MADANI: MENGGALAS AMANAH ISLAH DAN MEMPERKUKUH KETAHANAN TAMADUN

Permukiman Kepimpinan NGO MADANI: Menggalas Amanah Islah dan Memperkukuh Ketahanan Tamadun KUALA LUMPUR, 1 Februari 2026 – Kesepaduan gerak kerja pimpinan pertubuhan masyarakat sivil (NGO) Islam di Malaysia mencapai satu lagi mercu tanda penting melalui penganjuran Permukiman Kepimpinan NGO MADANI Kebangsaan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 30 Januari sehingga 1 Februari […]

Baca Lanjut
Bengkel Wehdatul Fikr

BENGKEL WEHDATUL FIKR JOHOR: MEMPERTAUT PEMIKIRAN, MEMACU ISLAH DAN KETAHANAN TAMADUN NEGARA

JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]

Baca Lanjut
menteri agama

WADAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MENTERI AGAMA: MEMBUGAR AGENDA PENDIDIKAN, DAKWAH MODEN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI MADANI

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]

Baca Lanjut
kunjung hormat apm

KUNJUNGAN HORMAT WADAH KE IBU PEJABAT APM: MEMPERKUKUH SINERGI KERJASAMA STRATEGIK DAN TEKNIKAL

KAJANG, 20 Januari 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui satu majlis kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa lalu. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam aspek pengurusan bencana, latihan teknikal, dan pemerkasaan komuniti. Delegasi Wadah seramai 4 org diketuai […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2306
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
299119
Klik Sini