Hari Malaysia: Perkukuh Kesepaduan dan Malaysia Madani
September 16th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Perutusan Selamat Hari Malaysia 16 September 2025: Perkukuh Kesepaduan dan Malaysia Madani
16 September 2025 / 23 Rabiulawal 1447H
Pada tanggal 16 September 2025, rakyat Malaysia masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut Hari Malaysia — detik bersejarah yang memperingati penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.
Hari Malaysia bukan sekadar perayaan tahunan, tetapi ia menuntut kita untuk merenung kembali makna kesyukuran, kesatuan dan semangat kebersamaan. Nikmat keamanan, kestabilan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu, yang mesti kita pertahankan serta perkukuhkan.
Kesepaduan Teras Malaysia Kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian bangsanya. Dalam suasana masyarakat berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, nilai kesepaduan menjadi asas kepada kelangsungan negara. Tidak ada negara lain yang memiliki keunikan seperti Malaysia, yang berjaya mengekalkan keharmonian meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Sebagai umat Islam yang menjadi majoriti, masing-masing mempunyai tanggungjawab memimpin dengan teladan, bukan menimbulkan perpecahan atau permusuhan. Umat dituntut untuk memperkukuhkan ukhuwah Islamiah sesama umat, dan dalam masa yang sama mengangkat nilai persaudaraan kemanusiaan sejagat. Islam mengajar ihsan, hormat-menghormati serta kasih sayang sesama insan — inilah asas hubungan antara rakyat yang mesti dipertahankan.
Perkukuh Gagasan Malaysia Madani
Malaysia Madani sebagai Jalan Ke Hadapan Dalam kerangka ini, gagasan Malaysia Madani yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri wajar diberi sokongan padu. Model ini menekankan keseimbangan pembangunan material dan rohani, keadilan sosial, serta keluhuran nilai kemanusiaan. Ia seharusnya menjadi panduan untuk rakyat membina negara yang lebih adil, inklusif dan disegani dunia.
Peranan Malaysia di pentas antarabangsa, termasuk usaha membela nasib umat tertindas seperti di Palestin, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sekadar bangsa yang menjaga kepentingan sendiri, tetapi juga bangsa yang membawa mesej keadilan dan kedamaian sejagat.
Harapan dan Doa Sempena Hari Malaysia ke-62 ini, marilah bersama-sama menghayati semangat perpaduan, memperkukuhkan kesepaduan nasional serta menyumbang dalam kapasiti masing-masing demi kemajuan tanah air. WADAH akan terus mendukung agenda pembinaan negara bangsa berteraskan nilai-nilai ilmu, akhlak, dan kesejahteraan bersama.
Mudah-mudahan Allah SWT terus melimpahkan rahmat-Nya, memelihara keamanan tanah air, dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, makmur serta dihormati di persada dunia.
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]