HARI KELUARGA ORANG ASLI SG GABAI DI PORT DICKSON

Kongsikan artikel ini :

PROGRAM HARI KELUARGA MASYARAKAT ORANG ASLI SG GABAI DI PORT DICKSON

Port Dickson, 19 Disember 2024 – Bagi meraikan program menyantuni masyarakat orang asli Sungai Gabai yang kini memasuki tahun ke 12, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia berjaya menganjurkan program Hari Keluarga Masyarakat Orang Asli Kampung Sg Gabai. Program yang penuh bermakna ini berlangsung selama tiga hari, bermula 17 hingga 19 Disember 2024, bertempat di Kotamas Seafront Bungalow, Port Dickson. Program ini disertai oleh seramai 50 penduduk yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak, bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta kenangan bersama.

Pada hari pertama, peserta bertolak dari Kampung Sg Gabai seawal jam 8.00 pagi dan tiba di Port Dickson pada jam 11.00 pagi. Setelah menikmati makan tengah hari, mereka melawat Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, di mana pelbagai spesies hidupan laut seperti ikan, penyu, dan terumbu karang diperkenalkan. Lawatan ini memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, terutama kepada kanak-kanak. Pada sebelah petang, peserta bersantai dan bermandi-manda di pantai sebelum berehat.

Hari kedua bermula dengan lawatan ke Kem Tentera Port Dickson. Di sini, peserta dibawa menelusuri sejarah perjuangan negara melalui pelbagai pameran seperti kisah perjuangan melawan komunis, Leftenan Adnan, dan tokoh pejuang Melayu seperti Rentap dan Dato’ Bahaman. Salah satu tarikan utama ialah terowong buatan yang menyerupai markas komunis, serta pameran kenderaan tentera seperti trak pikap, kereta kebal, helikopter, dan pesawat. Lawatan ini mengujakan bukan sahaja dewasa tetapi juga kanak-kanak yang terlibat.

Pada petang hari, aktiviti sukaneka pantai dianjurkan, termasuk permainan gelembung sabun, banana boat, dan berkelah bersama keluarga. Pada sebelah malam, peserta menikmati sesi BBQ yang diiringi jamuan lazat, disusuli sesi berukhwah yang mengeratkan hubungan komuniti.

Hari terakhir dimulakan dengan lawatan ke Ladang Ostrich, di mana peserta berpeluang berinteraksi dengan burung unta serta memberi makan dan berlumba dengannya. Selain itu, mereka juga melihat haiwan lain seperti ular dan hamster. Program diakhiri dengan sesi makan tengah hari sebelum peserta bertolak pulang ke Kampung Sg Gabai.

Penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Bantuan dan sokongan yang diberikan, sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, atau idea, amat dihargai dan menjadi faktor penting kejayaan program ini.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berekreasi, tetapi juga memupuk nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat Kampung Sg Gabai. Penganjur berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa depan dengan aktiviti yang lebih menarik dan melibatkan penyertaan lebih ramai komuniti.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Datuk Mustaffa Kamil Ayub

Siri Forum Kepimpinan Madani: Datuk Mustaffa Kamil Ayub Gariskan Naratif Pembinaan Generasi Madani Global Abad Ke-21

KAJANG, 18 Jun 2026 – Bertempat di Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, satu wacana pemikiran berimpak tinggi telah berlangsung semalam menerusi penganjuran Siri Forum Kepimpinan Madani. Program anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama institusi pendidikan ini berjaya menghimpunkan para akademik, pimpinan masyarakat, dan mahasiswa bagi merumuskan formula komprehensif dalam melahirkan […]

Baca Lanjut
usrah gabungan

BAHAYA LIDAH – ANTARA KEBENARAN DAN FITNAH DI ZAMAN KINI

Firman Allah سبحا نه وتعالي: وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Al Isra’:36) ayat: Alhamdulillah, segala puji bagi […]

Baca Lanjut

Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan: Presiden WADAH Kupas Isu ‘Tiga Serangkai Krisis’ Berdasarkan Ibrah Sirah Nabawiyyah

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – Dalam mendepani gelombang ketidaktentuan sosiopolitik dan cabaran sara hidup yang semakin mencabar, Wanita WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Usrah Gabungan peringkat negeri malam tadi. Program yang berlangsung di Outreach Oasis ABIM Bukit Bintang (OOBB) ini menjadi medan penting bagi pimpinan dan kader gerakan untuk memperteguh pendirian serta […]

Baca Lanjut
bowling komuniti

ERATKAN UKHWWAH KOMUNITI : EMPAT PETUGAS WADAH SAHUT CABARAN PERTANDINGAN BOWLING AYG 2026

BANGI, 23 Mei 2026 – Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pertubuhan belia serta menyuburkan budaya gaya hidup sihat, empat orang petugas daripada Sekretariat WADAH Pusat telah tampil menyahut cabaran dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG 2026. Pertandingan yang berlangsung meriah itu telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Tingkat 3, Bangi Gateway, semalam. WADAH kali ini […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1345
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
559558
Klik Sini