Forum “Memoir Perjuangan” Kupas Sejarah Gerakan Dan Sumbangan Tokoh Awal
Seberang Jaya, 28 November 2025 – Forum Memoir Perjuangan yang berlangsung di Dewan Bizmilla, Seberang Perai, mengupas perjalanan panjang dan sumbangan besar generasi awal gerakan, menampilkan dua tokoh berpengaruh sebagai panelis, iaitu Dr. Abdul Halim El-Muhammady dan YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.
Panelis pertama, Dr. Abdul Halim El-Muhammady, menyentuh tentang sejarah ketekunan dan istiqamah generasi lama yang terus berjuang sejak usia muda meskipun kini tubuh semakin dimamah usia. Dalam perkongsiannya, beliau meluahkan bahawa masih banyak cita-cita dakwah yang ingin direalisasikan. Antara hasrat besarnya ialah menubuhkan sebuah pusat dakwah di kawasan yang mempunyai ramai pengunjung bukan Muslim. Impian tersebut akhirnya tercapai melalui penubuhan Outreach Oasis ABIM di Bukit Bintang, yang kini menjadi medium penting dalam memperluas dakwah di tengah-tengah komuniti bandar.
Sesi kedua yang dibentangkan oleh Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman membawa peserta mengimbau kembali detik-detik penting era 1980-an. Ujar beliau, tahun 1982, menjadi titik perubahan kepada pembinaan generasi muda yang lebih memahami Islam secara mendalam setelah pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan. Beliau turut menyingkap peranan Ustaz Ghazali dalam memperkenalkan al-Ma’thurat kepada masyarakat kampus dan gerakan mahasiswa.
Titik Perubahan Sejarah Gerakan
Menurut Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman, organisasi pada waktu itu sangat optimistik sehingga berjaya menukar budaya generasi lama daripada generasi yang marah-marah tanpa sebarang tindakan perubahan kepada generasi yang berperanserta dalam pembangunan negara. Beliau menjelaskan bahawa usaha-usaha ABIM pada ketika itu bukan sahaja mengukuhkan kefahaman Islam, malah bertujuan menjadikan Malaysia contoh sebuah negara Islam yang progresif dan berdaya saing, dengan moto “Islam sebagai Cara Hidup”.
Tidak lama selepas itu, negara menyaksikan kemunculan era Reformasi, di mana beliau menegaskan bahawa ABIM merupakan antara penggerak utama dalam gelombang perubahan tersebut. Gerakan ini turut memainkan peranan besar dalam penubuhan Parti Keadilan, yang kemudian menjadi salah satu komponen penting dalam landskap politik reformasi di Malaysia.
Forum Memoir Perjuangan ini membuka ruang refleksi kepada peserta untuk memahami kembali asas perjuangan gerakan, peranan tokoh-tokoh awal, serta kesinambungan idea dan nilai yang membentuk perjalanan dakwah, kepimpinan dan pembangunan masyarakat hingga ke hari ini.
JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]
KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]
KAJANG, 20 Januari 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui satu majlis kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada Selasa lalu. Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam aspek pengurusan bencana, latihan teknikal, dan pemerkasaan komuniti. Delegasi Wadah seramai 4 org diketuai […]
KUALA LUMPUR, 14 Januari 2026 – Mendepani landskap sosial yang semakin mencabar di era digital, gerakan dakwah di Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan mengadopsi pendekatan “di luar kotak”. Keperluan ini menjadi fokus utama dalam Konvensyen Dakwah Negara: Mendepani Isu Sosial Umat yang berlangsung dengan penuh jayanya di Kingston 10 @ Unicorn Hotel, Kuala Lumpur, […]