FLOTILLA: WADAH BANTAH PENAHANAN SUKARELAWAN

Kongsikan artikel ini :

MISI SUMUD FLOTILLA: BANTAH PENAHANAN, SERUAN KEAMANAN, TOLAK SEKATAN, HENTIKAN GENOSID

Kenyataan Media WADAH 2 Oktober 2025

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengikuti dengan penuh keprihatinan perkembangan Misi Sumud Flotilla yang kini telah memasuki kawasan red zone dan ada yang telah ditahan termasuk 12 orang sukarelawan warga Malaysia.

WADAH menegaskan pendirian berikut:

  1. Kutukan Terhadap Pencerobohan dan PenahananWADAH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menceroboh flotilla dan menahan para sukarelawan. Kami menuntut agar semua yang ditahan, termasuk warga Malaysia, dibebaskan serta-merta tanpa syarat, di samping dijamin keselamatan dan hak mereka sebagai misi kemanusiaan antarabangsa.
  2. Kemanusiaan dan Keamanan – Flotilla ini adalah misi keamanan global, membawa mesej solidariti dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terkepung di Gaza. Ia sama sekali tidak membawa sebarang ancaman ketenteraan.
  3. Menghalang Bererti Membenarkan Genosid – Sebarang tindakan Israel menghalang flotilla ini adalah sama dengan memberi laluan kepada berterusannya genosid terhadap rakyat Palestin. Menghalang bantuan makanan, ubatan, dan sokongan moral adalah satu jenayah kemanusiaan yang tidak boleh diterima sama sekali.
  4. Lautan Antarabangsa Adalah Kawasan Bebas – Misi ini berlayar melalui ruang laut antarabangsa yang bebas, dan sebarang bentuk sekatan atau serangan Israel adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa, kedaulatan maritim, dan hak asasi manusia.
  5. Keberanian Rakyat dalam Misi Sumud – Mereka yang berada salam flotilla adalah insan berani yang mengambil risiko tinggi demi memecahkan tembok kepungan kejam oleh regim Zionis. Tindakan mereka adalah simbol ketabahan (sumud) rakyat dunia menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Seruan Bebaskan Penahanan

Seruan kepada Dunia Antarabangsa – WADAH menyeru PBB, OIC, Liga Arab, ASEAN, Kesatuan Eropah serta semua negara berperikemanusiaan untuk:

  1. Menjamin keselamatan flotilla ini daripada serangan Israel.
  2. Menghentikan sekatan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza.
  3. Mengiktiraf misi flotilla sebagai usaha sah di bawah prinsip undang-undang antarabangsa.
  4. Memohon negara asal sukarelawan terlibat menghantar bantahan rasmi terhadap penahanan dan segera menggerakkan bantuan diplomatik.

Komitmen Malaysia dan WADAH – WADAH menyokong penuh pendirian tegas YAB Perdana Menteri Malaysia yang lantang memperjuangkan isu Palestin di pentas dunia. Kami juga menggesa rakyat Malaysia agar terus berdiri teguh bersama Palestin dengan doa, sokongan moral, serta mobilisasi solidariti kemanusiaan.

WADAH menegaskan bahawa perjuangan flotilla ini bukan hanya tentang membawa bantuan, tetapi tentang meruntuhkan tembok kezaliman, membela hak rakyat Palestin, dan menegakkan maruah kemanusiaan sejagat.

“Menghalang flotilla adalah menghalalkan genosid. Membiarkan flotilla mara adalah membuka ruang kepada keamanan.”

Azizuddin Ahmad,
Setiausaha Agung,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
658
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
414977
Klik Sini