DEMI PERJUANGAN PALESTIN DAN AL AQSA

Kongsikan artikel ini :

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengulangi dan menyatakan solidariti sepenuhnya bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk pembebasan dan hak penentuan nasib negara mereka. WADAH menyokong penuh perjuangan Palestin melindungi dan mempertahankan kesucian Al Aqsa dan tanah suci Al Quds.

Pelancaran Badai Palestin – “Tufan al Aqsa” atau “Al Aqsa Storm” telah menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Palestin memilih berjuang dan berkorban demi menegakkan keadilan dan kebebasan daripada tunduk tersungkur dalam penghinaan.

Badai ini membuktikan kegagalan ketenteraan dan bencana politik bagi Israel dengan skala yang sangat besar. Keangkuhan Israel telah menjadikannya terlalu mengagungkan diri sendiri dan melampau dalam menindas selaku penjajah haram, lantas memandang rendah kehendak dan keupayaan rakyat Palestin.

 Peristiwa-peristiwa tragik sebelum ‘intifadah Palestin’ terbaru ini telah menyaksikan pencerobohan haram hampir setiap hari oleh Israel, mencemarkan Masjid al Aqsa, Al Quds dan juga pencabulan Israel terhadap gereja-gereja Palestin. Ia telah menyaksikan jumlah rekod kematian dan kecederaan rakyat Palestin di tangan penjajah kejam dan teroris peneroka haram Israel.

Teroris peneroka haram Israel melakukan rampasan tanah dengan begitu jahat, mencuri rumah dan harta benda rakyat Palestin sesuka hati dan sewenang-wenangnya. Tentera Israel telah melancarkan serangan dengan ganas dan leluasa seperti serangan yang memusnahkan penempatan Jenin membunuh ramai orang awam tanpa sebarang penyesalan atau akauntabiliti.

Benjamin Netanyahu dengan bangganya mengumumkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang normalisasi dengan negara-negara Arab, dengan begitu sombong dan khayalan tidak masuk akal bahawa dia boleh menyahkan dan mengecualikan rakyat Palestin daripada perkembangan itu.

Peperangan terbaru ini menunjukkan bahawa rakyat Palestin tidak boleh diabaikan atau dianggap tidak relevan demi mencapai keamanan yang berkekalan di rantau ini.

Pembebasan dan penentuan hak Palestin mesti didahulukan sebelum normalisasi. Keadilan, hak, kehormatan dan maruah mengatasi kekalahan dan penghinaan. 

WADAH menggesa semua negara dan rakyat yang mencintai kebebasan dan keadilan untuk menyokong penuh perjuangan Palestin dan menuntut penamatan pencerobohan kejam Israel.

************

WE STAND WITH PALESTINE AND AL AQSA

The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH) reiterates and expresses its complete solidarity with the Palestinian people in their struggle for freedom and self-determination. WADAH strongly supports the Palestinian right to protect and defend the sanctity of Al Aqsa and the holy land.

The Palestinian blitz – “Tufan al Aqsa” or “Al Aqsa storm” has shown the world that Palestinians would rather fight for justice and freedom than submit in humiliation.

It is a military failure and a political disaster for Israel of enormous magnitudes. Israeli hubris had made it self-aggrandizing and utterly oppressive in its illegitimate occupation underestimating the will and capability of Palestinians.

The prelude to this latest ‘Palestinian intifada’ has seen daily unlawful incursions by Israel, the desecration of Masjid al Aqsa, Al Quds and also Israeli violation of Palestinian churches. It has seen a record number of Palestinian deaths and casualties due to brutal occupation and illegal settler terrorism.

Illegal Israeli extremist settlers make malicious land grabs, stealing Palestinian houses and property at will. Israeli forces had launched attacks with impunity such as the one that razed Jenin to the ground killing many civilians without any remorse or accountability.

Benjamin Netanyahu boastfully announced at the United Nations of normalization with Arab countries, arrogantly and delusionally omitting and excluding Palestinians from the equation.

This latest war shows that Palestinians can never be ignored or considered irrelevant in order to achieve long standing peace in the region.

Palestinian freedom and self-determination must come before normalization. Justice, rights, honour and dignity triumphs over defeat and capitulation.

WADAH urges all freedom and justice loving nations and people to fully support the Palestinian struggle and demand the end of Israeli devastating aggression.

 

AZIZUDDIN AHMAD

Setiausaha Agung/Secretary General

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia/Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH)


Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
332
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378629
Klik Sini