Bila Agama Dipermainkan, Slot Bernama Radio

Kongsikan artikel ini :

“Bila Agama Dipermainkan”, Kupasan Slot Nota Rohani Bernama Radio

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri Harun, telah dijemput sebagai tetamu jemputan dalam program Nota Rohani terbitan Bernama Radio yang bersiaran secara langsung pada Jumaat, 18 Julai 2025 jam 11:30 pagi, bagi membincangkan topik yang mencetus perhatian awam: “Bila Agama Dipermainkan.”

Disiarkan bersama peneraju program, Natasha Aimee dan Arief Muhammad, serta diterbitkan oleh Ziana Nasir, slot tersebut menyentuh secara kritis senario semasa dalam masyarakat apabila agama disalahguna untuk tujuan peribadi, politik, atau populariti.

Dalam kupasan awal, Ustaz Hasri menyifatkan isu mempermainkan agama sebagai perkara yang sensitif tetapi penting untuk diketengahkan secara jujur dan terbuka. Beliau menegaskan bahawa mempergunakan agama untuk menipu, meraih sokongan, atau keuntungan tanpa niat ikhlas kerana Allah adalah realiti yang telah lama berlaku dalam masyarakat.

“Kadang-kadang ada di kalangan mereka yang berlatar belakang agama mempergunakan agama untuk mencapai sesuatu matlamat, walhal intinya membawa kepada kerosakan,” ujar beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa kejahilan adalah antara punca utama penyalahgunaan agama, bukan sahaja dalam kalangan agamawan, tetapi juga masyarakat awam yang kurang kefahaman terhadap agama, menjadikan mereka mudah terpedaya dengan penampilan zahir seseorang yang kononnya berilmu.

Akibat Kurang Pemahaman Agama

Tambah beliau lagi, ujian populariti, cabaran semasa, dan ketidakseimbangan kekuatan spiritual serta emosi turut menjadi faktor mengapa ada segelintir agamawan tergelincir daripada landasan sebenar dakwah Islamiah.

“Saya bercakap begini bukan untuk menjerumuskan sesiapa, tetapi saya bertanggungjawab memberikan kefahaman kepada masyarakat. Masyarakat itu sendiri juga mesti dididik agar tidak mudah tertipu,” jelasnya.

Mengulas lanjut fenomena semasa, Ustaz Hasri membangkitkan isu program-program motivasi yang melanggar batas syariah, termasuk ritual-ritual songsang yang diadakan atas nama keagamaan, sedangkan ia tiada asas dalam Islam bahkan mungkin bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat perlu memainkan peranan lebih aktif untuk menyelidik, menilai dan membezakan yang hak dan batil, serta tidak hanya terpengaruh dengan populariti, bilangan tontonan, atau persepsi sosial semata-mata.

“Kita kena didik masyarakat supaya kenal yang mana intan, yang mana kaca. Masyarakat yang berilmu akan melahirkan agamawan yang lebih bertanggungjawab,” ujar beliau lagi.

Mengakhiri sesi tersebut, Ustaz Hasri turut menekankan pentingnya pemerkasaan undang-undang dan peranan institusi dalam menangani fenomena penunggang agama agar kesucian agama Islam tidak terus tercemar oleh tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Program ini turut mendapat perhatian ramai di media sosial dan menerima maklum balas positif kerana keberaniannya menyentuh isu yang sering menjadi keresahan masyarakat, namun jarang dibincang secara terbuka di platform perdana.

WADAH merakamkan penghargaan kepada Bernama Radio atas jemputan kepada Timbalan Presidennya serta komitmen terhadap penyiaran kandungan dakwah yang membina kefahaman, kesedaran dan keinsafan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Rakaman video boleh ditonton di paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
106
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378403
Klik Sini