Anugerah Sekolah Agama Cemerlang JAIS 2025

Kongsikan artikel ini :

TASKI ABIM Husna Sepang dan SEMI ABIM Sungai Ramal Kajang Raih Anugerah Sekolah Agama Cemerlang JAIS 2025

SHAH ALAM, 27 Mei 2025 – TASKI ABIM Husna, Sepang dan SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang diumumkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Agama Cemerlang bagi Kategori Sekolah Islam Persendirian Negeri Selangor, sempena Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tahun 2025 yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengiktirafan ini merupakan pencapaian yang signifikan buat kedua-dua institusi di bawah rangkaian pendidikan ABIM yang telah sekian lama membina asas kukuh dalam pendidikan Islam holistik. Mewakili Taski Husna, anugerah ini diserahkan kepada En. Khairudin Abas, Pengerusi Ahli Kembaga Pengelola TASKI juga merupakan EXCO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) manakala bagi SEMI Sungai Ramal pula kepada Ketua Pegawai Eksekutif, En. Nazzil Saifuddin Bin Abdul Rahim.

TASKI ABIM Husna Sepang, merupakan antara institusi pendidikan awal kanak-kanak Islam yang menerapkan gabungan pendidikan tarbawi dan perkembangan menyeluruh berdasarkan pendekatan Integrated and Holistic Education berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. TASKI ini menjadi antara perintis pendidikan prasekolah Islam di kawasan berkenaan, memberi penekanan kepada pembentukan akhlak, sahsiah dan pembelajaran berpusatkan anak secara kreatif. Ia juga terkenal dengan penglibatan erat ibu bapa dalam proses pendidikan serta pelaksanaan program-program komuniti yang menyantuni masyarakat setempat.

Sementara itu, SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang pula ditubuhkan sebagai lanjutan kepada sistem pendidikan ABIM di peringkat rendah. SEMI membawa maksud Sekolah Menengah Islam ABIM dan menjadi antara institusi yang pesat berkembang dalam tempoh singkat, dikenali dengan pencapaian akademik yang konsisten, penghayatan adab dan nilai Islam dalam kehidupan harian murid, serta penglibatan aktif dalam program kepimpinan dan kebajikan. Berbekalkan pasukan pendidik yang berdedikasi dan pelan pembangunan pendidikan yang progresif, SEMI ABIM Sungai Ramal kini menjadi model sekolah Islam persendirian yang mapan.

Majlis penganugerahan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang turut menyampaikan amanat penuh penghargaan kepada lebih 8,000 guru di bawah seliaan JAIS.

Guru Pemacu Reformasi Pendidikan Cemerlang

“Tema tahun ini, Guru Pemacu Reformasi Pendidikan, mengingatkan kita bahawa guru adalah agen perubahan yang berperanan besar dalam mendepani cabaran abad ke-21. Mereka perlu menguasai teknologi, membina budaya pembelajaran sepanjang hayat dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berakhlak dan berdaya saing,” ujar beliau.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk terus menyokong pembangunan profesionalisme guru melalui latihan, pengiktirafan serta kolaborasi strategik demi memastikan agenda reformasi pendidikan dapat direalisasikan secara menyeluruh.

Kejayaan TASKI ABIM Husna dan SEMI ABIM Sungai Ramal ini menjadi bukti bahawa sistem pendidikan Islam persendirian yang berpaksikan nilai dan adab mampu bersaing dan diiktiraf setaraf sekolah-sekolah arus perdana. Ia juga menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dan penggiat pendidikan Islam untuk terus melahirkan generasi khayra ummah yang holistik, berwibawa dan mencerminkan rahmat Islam kepada seluruh alam.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1328
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378226
Klik Sini