ISU PESTA GAY & KEPERLUAN ILTIZAM PENGISLAMAN SERTA PENGISLAHAN UNDANG-UNDANG MORALITI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN
December 3rd, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
ISU PESTA GAY & KEPERLUAN ILTIZAM PENGISLAMAN SERTA PENGISLAHAN UNDANG-UNDANG MORALITI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN
Kenyataan Media 1 Disember 2025
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan kebimbangan dan penegasan tegas berhubung penganjuran pesta gay dan apa jua aktiviti yang mencabar tatasusila, adab serta nilai moral masyarakat Malaysia yang berasaskan Islam sebagai agama Persekutuan.
1. Perlunya Kerangka Moral di Peringkat Persekutuan yang Lebih Tegas dan Seragam
WADAH berpendirian bahawa isu berkaitan moraliti awam, perlakuan songsang, dan pencabulan adab sosial tidak memadai untuk ditangani hanya melalui undang-undang Syariah negeri. Perbezaan struktur kuasa antara negeri dan Persekutuan sering dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menganjurkan aktiviti yang menjejaskan institusi keluarga dan akhlak masyarakat.
Sehubungan itu, WADAH menegaskan bahawa sudah sampai waktunya untuk:
Persekutuan memperkukuh iltizam Islamisasi dan Islah undang-undang moraliti,
Mewujudkan keselarasan undang-undang antara Persekutuan dan negeri,
Menyediakan mekanisme perundangan yang lebih jelas, menyeluruh dan efektif untuk mencegah aktiviti yang bercanggah dengan nilai fitrah manusia.
Kerangka moral yang kukuh di peringkat Persekutuan akan melengkapkan, bukan menggantikan, peranan negeri dalam memelihara agama dan akhlak masyarakat.
2. Dakwah Perlu Bergerak Lebih Pantas daripada Penguatkuasaan Undang-Undang
WADAH menegaskan bahawa undang-undang tidak boleh menjadi pendekatan tunggal untuk membina masyarakat yang bermaruah. Pengislahan undang-undang adalah penting, namun pengislahan manusia mesti bergerak lebih awal dan lebih laju.
WADAH menekankan bahawa:
Dakwah, tarbiyah dan pendidikan akhlak mesti diperkasa dan diperluaskan dengan kadar yang lebih cepat daripada usaha perundangan.
Pembinaan kefahaman, kesedaran dan kekuatan spiritual adalah asas perubahan sosial yang sebenar.
Masyarakat perlu diperkukuh dengan ilmu, hikmah dan panduan, bukan hanya ketakutan kepada hukuman.
Menyediakan mekanisme perundangan yang lebih jelas, menyeluruh dan efektif untuk mencegah aktiviti yang bercanggah dengan nilai fitrah manusia.
WADAH komited memacu usaha dakwah, pendidikan masyarakat, advokasi sosial serta pembangunan keluarga sebagai usaha jangka panjang membina masyarakat berakhlak dan berprinsip.
3. Seruan Kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Semua Pihak Terkait
WADAH menyeru:
Kerajaan Persekutuan untuk menilai dan mengemas kini kerangka undang-undang berkaitan moraliti awam agar lebih selari dengan realiti semasa dan selaras dengan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan.
Kerajaan-kerajaan negeri dan institusi agama untuk memperkukuh kerjasama dalam pendidikan moral, pencegahan sosial dan penguatkuasaan berhemah.
Masyarakat sivil, ibu bapa, institusi pendidikan dan belia untuk bersama memelihara identiti moral negara daripada gejala yang merosakkan struktur keluarga dan nilai fitrah.
WADAH akan terus memperjuangkan agenda amar ma’ruf nahi munkar melalui pendidikan, dakwah berstrategi, advokasi masyarakat dan kerjasama konstruktif dengan semua pihak demi kesejahteraan umat dan negara.
Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
BELASUNGKAWA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 88 tahun. Beliau merupakan mantan Pengerusi Kumpulan Prihatin dan Pengerusi Yayasan Penataan Ilmu. Pemergian Allahyarham merupakan […]
Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika. Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya […]
DESARU, 20 Jun 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan sinergi utuh bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah menganjurkan program kemuncak tahunan, Pemukiman Nahdah Johor. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar semalam telah berjaya mengumpulkan saf pimpinan, […]
PUTRAJAYA, 18 Jun 2026 – Satu wacana keilmuan antarabangsa berimpak tinggi bertajuk Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World telah berlangsung dengan jayanya semalam. Program hibrid yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya serta dipancarkan secara langsung melalui aplikasi Microsoft Teams ini telah menghimpunkan ratusan wakil pertubuhan bukan kerajaan […]