Pencapaian ini memperlihatkan hasil positif daripada strategi pelaburan yang lebih berdisiplin, pengurusan risiko yang berterusan serta pengukuhan tatakelola. Ia juga memberikan keyakinan bahawa usaha reformasi dan penambahbaikan institusi yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu sedang membuahkan hasil.
WADAH mengambil maklum penjelasan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, di Dewan Rakyat bahawa portfolio pelaburan TH diurus secara berhemat, patuh syariah dan berpandukan kerangka Alokasi Aset Strategik (Strategic Asset Allocation – SAA).
Kerangka tersebut memastikan portfolio TH dipelbagaikan mengikut kelas aset, sektor dan pasaran, manakala aspek pengurusan risiko memberi keutamaan kepada perlindungan modal pendeposit, pengurusan aset dan liabiliti, kecairan serta pemilihan aset yang mempunyai asas dan aliran tunai yang mampan.
Kedudukan kewangan TH juga kekal kukuh dengan jumlah aset sebanyak RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion bagi tahun kewangan 2025. Kadar Agihan Keuntungan turut meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.50 peratus pada 2025, melibatkan agihan sebanyak RM3.22 bilion kepada lebih 9.7 juta pendeposit.
WADAH berpandangan bahawa prestasi ini membuktikan pentingnya tatakelola yang kukuh, disiplin pelaburan, pematuhan syariah dan pengurusan risiko yang berkesan. Pencapaian yang baik ini bagaimanapun tidak seharusnya membawa kepada sikap selesa. Sebaliknya, momentum reformasi perlu diteruskan agar kekuatan kewangan dan keyakinan pendeposit dapat dipertahankan dalam jangka panjang.
Pengalaman lalu serta dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji hendaklah terus menjadi pedoman untuk memperkukuh sistem, menutup ruang kelemahan dan memastikan setiap keputusan yang melibatkan dana umat dibuat dengan penuh integriti, kompetensi dan akauntabiliti.
WADAH turut menghargai usaha TH memastikan mandat asal institusi terus dipelihara, termasuk membantu umat Islam membuat persediaan menunaikan ibadah haji. Keupayaan mengekalkan Kos Haji pada kadar RM33,300 bagi empat musim berturut-turut dari 2024 hingga 2027 turut menunjukkan kepentingan pengurusan kewangan yang mampan dalam menyokong kepentingan para jemaah.
Tabung Haji ialah institusi amanah umat. Kejayaannya tidak harus diukur melalui prestasi kewangan semata-mata, tetapi juga melalui kekuatan tatakelola, keselamatan simpanan, pematuhan syariah, mutu perkhidmatan dan keyakinan berterusan para pendeposit.
WADAH mengucapkan tahniah kepada pengurusan serta seluruh warga Tabung Haji atas pencapaian ini dan berharap prestasi tersebut dapat dipertahankan serta dipertingkatkan secara mampan.
Prestasi yang kukuh mesti disokong oleh tatakelola yang kukuh, kerana amanah umat tidak boleh dikompromi.
“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”
AZIZUDDIN AHMAD Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]