NEW AGE MOVEMENT: JANGAN DINORMALISASIKAN, JANGAN JUGA DITANGANI SECARA MELULU
October 6th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KENYATAAN MEDIA WADAH 6 OKTOBER 2026 BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengambil perhatian serius terhadap semakin mel uasnya pelbagai bentuk kepercayaan, amalan dan kandungan kerohanian yang dikaitkan dengan New Age Movement, khususnya melalui media sosial, platform digital dan budaya popular.
WADAH berpandangan bahawa fenomena ini tidak wajar dinormalisasikan tanpa penelitian, khususnya apabila unsur tertentu boleh mengelirukan akidah, mengaburkan konsep ketuhanan dan wahyu, serta mencampuradukkan ajaran agama dengan kepercayaan spiritual yang tidak berasaskan sumber yang sahih.
Antara kecenderungan yang sering dikaitkan dengan New Age termasuk kepercayaan terhadap tenaga sejagat, manifestation, law of attraction, astrologi, crystal healing, sinkretisme agama dan pelbagai bentuk spiritualiti alternatif.
Namun, WADAH menegaskan bahawa tidak semua amalan meditasi, pembangunan diri atau kesihatan alternatif boleh terus dilabel sebagai New Age. Penilaian hendaklah dibuat secara ilmiah berdasarkan kandungan, sumber kepercayaan dan implikasinya terhadap akidah serta kehidupan manusia.
Akidah Tidak Boleh Dikompromikan
Kebimbangan utama ialah apabila manusia mula melihat dirinya sebagai sumber kuasa mutlak, mempercayai tenaga atau kuasa ghaib selain Allah, atau menerima idea bahawa keinginan manusia sendiri mempunyai kuasa menentukan realiti secara mutlak.
Prinsip Islam jelas bahawa manusia mempunyai ikhtiar, tetapi kuasa mutlak tetap milik Allah SWT. Doa bukan manifestation, tawakal bukan sekadar positive thinking, dan kejayaan bukan hasil kuasa minda semata-mata.
Dalam masa yang sama, WADAH menolak pendekatan yang hanya membangkitkan ketakutan, membuat tuduhan secara melulu atau menghukum tanpa ilmu. Isu akidah mesti ditangani dengan ilmu, hujah, hikmah dan adab.
WADAH menyeru ibu bapa, pendidik, pendakwah dan institusi agama supaya tidak sekadar berkata “jangan ikut”, tetapi menjelaskan “mengapa jangan ikut dan apakah alternatif yang benar.” Islam sendiri menawarkan tradisi kerohanian yang kaya melalui iman, ihsan, zikrullah, doa, tafakkur, tazkiyah al-nafs dan pembinaan akhlak. Keperluan manusia terhadap ketenangan jiwa dan makna kehidupan mesti dipenuhi dengan kerohanian Islam yang autentik, bukan dengan kepercayaan yang mengelirukan.
WADAH turut menyatakan sokongan terhadap ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menolak fahaman New Age Movement yang bercanggah dengan akidah Islam, serta menghargai tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam meneliti dan menangani isu berkenaan. WADAH berpandangan bahawa pendirian yang jelas daripada pihak berautoriti amat penting bagi memelihara kemurnian akidah umat Islam, dan pada masa yang sama setiap tindakan hendaklah terus berteraskan prinsip ilmu, tabayyun, hikmah dan keadilan agar masyarakat mendapat panduan yang tepat serta tidak terjebak dalam kekeliruan atau penghukuman secara terburu-buru.
Seruan WADAH
WADAH menyeru masyarakat agar tidak mudah terpesona dengan sesuatu hanya kerana ia moden, popular atau disampaikan oleh tokoh media sosial. Pada masa yang sama, masyarakat hendaklah mengelakkan sikap menolak tanpa memahami.Kita memerlukan masyarakat yang celik agama, celik ilmu dan celik digital.
WADAH juga menyeru pihak berautoriti, institusi pendidikan, sarjana Islam dan pengamal media supaya mempergiat pendidikan awam mengenai perkembangan pemikiran dan spiritualiti kontemporari agar masyarakat mempunyai panduan yang jelas. Dalam menghadapi New Age Movement, tugas kita bukan sekadar memerangi fahaman yang salah, tetapi membina manusia yang tidak mudah dipengaruhi oleh fahaman yang salah.
WADAH akan terus memperkukuh agenda pencerdasan umat dengan membina generasi yang teguh akidahnya, luas ilmunya, kritis pemikirannya dan luhur akhlaknya.
“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”
USTAZ HASRI BIN HARUN Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]