BELANJAWAN 2027: MEMPERKUKUH EKONOMI, MEMARTABATKAN SYIAR ISLAM DAN MEMELIHARA KESEJAHTERAAN RAKYAT
October 9th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KENYATAAN MEDIA WADAH 9 Oktober 2026
WADAH menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, yang menggariskan usaha memperkukuh ekonomi negara dan memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat.
Pembentangan belanjawan ini merupakan medan penting untuk menilai bagaimana usaha membaiki dan memulihkan ekonomi negara diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dalam kehidupan rakyat, terutama dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan keperluan keluarga.
Pelbagai langkah reformasi, termasuk penyasaran subsidi, pembaharuan fiskal, pengukuhan kedudukan kewangan negara, pengurangan ketirisan serta penambahbaikan sistem percukaian, menjadi asas penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
Usaha ini turut membuka ruang untuk memperluas bantuan dan perlindungan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penjawat awam, pesara, warga emas, golongan B40 dan M40, pekerja gig, mahasiswa serta peniaga kecil. WADAH menekankan pentingnya pelaksanaan yang cekap dan telus agar bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
WADAH turut menghargai ikhtiar pembangunan hartanah bagi menyediakan perumahan rakyat di tengah-tengah Kuala Lumpur. Langkah ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan pembangunan kota turut menyediakan ruang kehidupan yang layak dan mampu dimiliki oleh rakyat.
Setelah lebih tiga tahun usaha membaiki ekonomi negara dan memperkukuh Agenda Bumiputera dilaksanakan, WADAH mengajak rakyat memastikan kelangsungan kepimpinan MADANI serta mendukung agenda pembaharuan demi kesejahteraan bersama. Petikan ayat ke-18 Surah al-Hashr oleh YAB Perdana Menteri mengingatkan kita tentang tanggungjawab menilai usaha hari ini dan mempersiapkan masa hadapan, lebih-lebih lagi menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-70 pada tahun hadapan.
WADAH secara khusus menyambut baik cadangan peningkatan peruntukan hal ehwal Islam daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion. Pertambahan ini wajar dimanfaatkan untuk memperkukuh institusi pendidikan Islam, memelihara tradisi keilmuan pondok dan turath, meningkatkan kebajikan petugas agama serta memperluas pendekatan dakwah yang dekat dengan masyarakat, khususnya generasi muda. Bagi WADAH, usaha memartabatkan syiar Islam perlu diterjemahkan melalui pengukuhan ilmu, pembinaan akhlak dan khidmat yang membawa manfaat kepada seluruh masyarakat.
WADAH turut menyambut baik cadangan mewajibkan pesalah jalan raya, khususnya pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, membayar pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa melalui pindaan Akta Pengangkutan Jalan. Cadangan ini selari dengan semangat diyat dan prinsip pemeliharaan nyawa (hifz al-nafs) dalam Islam, yang menuntut pertanggungjawaban pesalah serta pembelaan terhadap mangsa dan waris mereka. WADAH berharap mekanisme ini diperhalusi secara adil dan berkesan supaya keluarga yang kehilangan insan tersayang, terutama pencari nafkah, menerima pembelaan sewajarnya.
WADAH berharap Belanjawan MADANI 2027 dilaksanakan dengan amanah, cekap dan telus agar manfaatnya benar-benar dirasai rakyat. Dengan semangat “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, WADAH menyeru seluruh rakyat bersama-sama membina Malaysia yang memartabatkan Islam, menjamin kesejahteraan dan memperkukuh perpaduan demi masa hadapan generasi penerus.
“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”
AZIZUDDIN AHMAD Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]