WADAH Anjur Persidangan Meja Bulat Penyelidikan

Kongsikan artikel ini :

Wadah Anjur Persidangan Meja Bulat Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO

Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Persidangan Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesi ini dimulakan dengan pengenalan ringkas panel jemputan dan para peserta yang hadir. Antara panel yang hadir ialah  Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, selaku Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani yang membentangkan tajuk Indeks Madani di Putrajaya. Berikutnya, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, selaku Ketua Kumpulan Penyelidikan Universiti Governans untuk Pemuliharaan telah membentangkan tajuk ‘‘Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung’’.

Meja Bulat Kemasyarakatan

Komuniti Setempat sebagai Khalifah dalam Pemuliharaan Warisan melalui Geopark di Malaysia. Seterusnya, Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun turut hadir membentangkan tajuk ‘‘Ruang Bermain yang Hilang: Persepsi dan Harapan Kanak-kanak terhadap Peluang Rekreasi di Kawasan Bandar’’. Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob jugaturut hadir membentangkantajuk “Tingkah Laku Beretika Alam Sekitar Masyarakat Melayu-Islam”.

Program ini juga menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara organisasi masyarakat sivil bagi memastikan setiap usaha pembangunan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tersusun dan berasaskan data. Sesi pembentangan penyelidikan, perkongsian projek lapangan dan perbincangan dua hala turut diadakan bagi mengenal pasti cabaran serta peluang baharu dalam melaksana program kemasyarakatan. Sesi ini diakhiri pada jam 1.00 petang dengan rumusan serta cadangan tindakan susulan bagi memastikan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penyelesaian yang berkesan untuk masyarakat perumahan rakyat

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Simposium Fikrah Siddiq Fadzil 2026 Himpun 50 Tajuk Kajian di UNISEL: Kupas Gagasan ‘Siddiq Fadzil & Negara Madani’ Demi Masa Depan Ummah

BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]

Baca Lanjut
al-mizan

Bengkel Strategik Isu Perundangan Majlis Al-Mizan WADAH: Rangka Pelan Tindakan Bersepadu Tangani Cabaran Perundangan Semasa

BANGI, 6 Oktober 2026 – Memperkukuh literasi undang-undang, memelihara keluhuran perlembagaan, serta menyediakan respons berstruktur terhadap isu-isu keadilan sosial menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Strategik Isu Perundangan di Malaysia anjuran Majlis Al-Mizan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program intensif setengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif […]

Baca Lanjut
presiden wadah uniw

Presiden WADAH Gesa NGO Dunia Islam Melangkaui Deklarasi, Umum Penubuhan Pusat Inisiatif Strategik

PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]

Baca Lanjut
wadah uniw

WADAH Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan NGO Dunia Islam (UNIW) di Putrajaya

PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
162
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
856077
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini