Pengat Pisang dan Semangat Kebersamaan Kemerdekaan
August 30th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Edaran Pengat Pisang Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke-68
29 Ogos 2025, Anjung Rahmat, – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Tunas Nahdah Sepang, Pusat Infaq WADAH dan Anjung Rahmat telah berjaya melaksanakan program Agihan Pengat Pisang sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dan perpaduan, menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.
Program yang diadakan pada 29 Ogos 2025 bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja dan komuniti setempat, serta menerapkan nilai kasih sayang, kepedulian, dan semangat perpaduan. Proses penyediaan pengat pisang dimulakan pada jam 9:30 pagi dengan sesi persediaan bahan-bahan dan diikuti dengan sesi memasak pada jam 10:30 pagi. Setelah pengat pisang siap dimasak, sesi membungkus dijalankan pada jam 12:00 tengahari.
Pada jam 12:30 tengahari, pengat pisang yang telah siap dibungkus telah dihantar ke kawasan-kawasan sekitar termasuk kawasan perumahan sekeliling Anjung Rahmat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sungai Merab, Stesen Minyak Petronas, restauran, Masjid Taman Sentosa dan Masjid Teras Jernang. Program ini berakhir dengan sesi gotong-royong pada jam 4:30 petang.
Program ini juga bertujuan untuk membina semangat kebersamaan dan merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat, sambil menyemai semangat kebersamaan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]