Malaysia Madani: Jalan Terbaik Menuju Kedamaian dan Keharmonian Majmuk
KOTA KINABALU – Malaysia Madani menerapkan konsep yang bersifat universal, merupakan jalan terbaik bagi mencapai kedamaian dan keharmonian khususnya buat rakyat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Penasihat Khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, Malaysia Madani merujuk kepada Madinah yang merupakan suatu inisiatif yang membetulkan persepsi tidak betul dalam kalangan umat Islam, mahupun bukan Islam. Beliau juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
“Masyarakat Islam dan bukan Islam harus bersedia untuk mendengar, membuka hati dan juga minda bahawa inilah jalan terbaik untuk keamanan negara kita bukan cara yang lain.
“Sebab dalam Malaysia Madani, konsep ni jelas untuk hidup bersama. Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan itulah nilai-nilai universal yang merangkumi semua bukan hanya untuk orang Islam.
“Jadi masalahnya sekarang ialah masalah pemikiran, masalah persepsi bahawa kalau sebut Islam, itu hanya untuk orang Islam, sebut Islam, berakhir dengan keganasan, ini naratif media Barat, naratif penjajahan,” katanya yang juga Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan pidato di Program Seminar Fiqh Kenegaraan Malaysia Madani, di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.
Sehubungan itu, jelasnya konsep masjid adalah baik jika diperluaskan, bagi memberi pendedahan sebenar tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam khususnya.
“Masjid di zaman Rasulullah SAW adalah pusat pentadbiran tapi bukan untuk pusat pentadbiran orang Islam, ia adalah untuk masyarakat di Madinah yang ada Muslim dan juga ‘non-Muslim’.
“Jadi kerana itu saya berpandangan bahawa yang mengurus masjid di masa ini, mesti ada ahli jawatankuasa yang menguasai ilmu kepelbagaian agama termasuk bahasa, ilmu psikologi masyarakat dan ilmu sosial.
“Ini penting, selain daripada masjid hanya untuk gunakan ibadah khusus tapi masjid itu juga harus bersedia menerima mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang agama dan mampu untuk berinteraksi, bukan setakat mereka datang ke masjid, kemudian pegawainya tak tahu berinteraksi.
“Kalau dia tidak tahu tentang kepelbagaian agama, bagaimana dia nak berbincang? Jadi akhirnya kerana tidak tahu, kita menganggap mereka itu perlu kita musuhi, sedangkan Malaysia Madani mahu melunturkan pemikiran-pemikiran pemisah dan menarik titik kebersamaan,” ujarnya.
Tambahnya, Islam juga mengajarkan ‘Taaruf’, ‘Tafahum’ dan ‘Takaful’ yang memberi pendekatan sesuai untuk menyatupadukan kepelbagaian dalam negara lalu mengekalkan keharmonian bersama.
“Jadi jangan menganggap pelbagai ras itu sebagai masalah, itu bukan satu masalah. Al-Quran menyebut untuk ‘taaruf’ iaitu berkenalan-kenalan.
“Tafahum, memahami, bila suda kenal, boleh saling memahami dan kemudian Takaful, boleh bekerjasama. Jadi ingat tiga T, iaitu ‘Ta’aruf’, ‘Tafahum’ dan ‘Takaful’ ialah asas kepada masyarakat ini,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026 – Gabungan pertubuhan masyarakat sivil yang dipimpin oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dengan kerjasama Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan Sekretariat DAIE Madani, hari ini secara rasminya telah menyerahkan satu Memorandum Keprihatinan NGO berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Inisiatif penyerahan memorandum ini dilaksanakan sebagai […]
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 – Dalam mendepani era moden yang sarat dengan cabaran kejahilan dan kekeliruan maklumat (the clash of ignorance), usaha memartabatkan serta menyebarkan kalam suci al-Quran secara fizikal kekal menjadi salah satu tiang seri utama dalam membina peradaban ummah. Perkara ini ditegaskan sempena Majlis Peluncuran Percetakan Mushaf Al-Quran Terjemahan Bahasa Afghanistan yang meriah […]
STATEMENT OF CONDOLENCESWADAH – The Movement for an Enlightened Society إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ WADAH (Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) officially expresses its profound sadness and deep condolences following the solemn news of the passing of the Secretary General of Jamaat-e-Islami Pakistan, the late Ameer-ul-Azeem. He passed away after a prolonged battle with cancer. […]
KAJANG, 22 Julai 2026 – Pusat Infaq WADAH (PIW) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu majlis yang berlangsung di Anjung Rahmat, Sungai Merab, Kajang. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dana zakat berjumlah RM5,000.00 daripada PIW kepada PKPIM bagi menyokong urusan pentadbiran serta pelaksanaan aktiviti dakwah organisasi […]